Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
55) PEMBANGUNAN DESA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengazetkan beberapa kampung-kampung tradisional di UNISCO seperti cadangan YB menteri cadangkan untuk kampung-kampung baru?
Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mewartakan mana-mana Kampung Tradisi sebagai tapak warisan dan mandapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan tersebut dan akan membuat penelitian dan mendapatkan maklumbalas daripada jabatan dan agensi yang berkaitan sekiranya ada Kampung-kampung Tradisi yang difikirkan layak untuk diberikan pengiktirafan tersebut.