Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

53) LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 (LRAL2)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peratusan kerja bagi LRA Langat 2. Apakah kerja-kerja tertunggak?

    Berdasarkan Laporan Kemajuan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan Fasa 1 terbitan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bertarikh 31 Januari 2024, laporan kemajuan kerja bagi LRA Langat 2 adalah pada 96.08% berbanding jadual pada 96.66%.

    Daripada keseluruhan 25 pakej projek LRA Langat 2, terdapat 21 pakej telah disiapkan manakala baki empat pakej masih di peringkat pembinaan. Baki empat pakej kerja tersebut adalah melibatkan:

    • Pakej 3: Tapak Pelupusan Enapcemar,
    • Sebahagian Pakej 15 (2): Penyambungan di Lembah Jaya dan Taman Shamelin, Cheras),
    • Pakej 16: Penyambungan dan Pemasangan Paip Injap, Meter Alir dan Lain-Lain Kerja Berkaitan), dan
    • Pakej 17: Membekal, Memasang dan Menguji Sistem Pencegahan Kebakaran Di Tangki Simpanan Diesel dan Loji Penyahairan Di Loji Rawatan Air Langat 2).

    Air Selangor telah mengambil alih dan mengoperasikan sistem agihan air terawat LRA Langat 2 Koridor Barat yang melibatkan agihan air ke Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat, dengan kapasiti boleh agih sebanyak 843 Juta Liter Sehari (JLH) pada Ogos 2023.

    Pengambilalihan sebahagian dari sistem agihan LRA Langat 2 Koridor Utara pula, yang melibatkan agihan air ke Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur, dengan kapasiti boleh agih sebanyak 160 JLH adalah dijangkakan pada bulan Februari 2024 dan baki penyiapan paip agihan dengan kapasiti boleh agih sebanyak 122 JLH pada April 2024.

  2. Sila nyatakan bilangan EOT yang telah diberikan, tempoh EOT berkenaan dan sebab-sebab EOT.

    Untuk makluman, pengurusan projek bagi Projek Langat 2 ini yang melibatkan 25 pakej pembinaan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); Air Selangor tidak mempunyai butiran terperinci berkaitan bilangan EOT yag diberikan bagi setiap pakej berserta sebab-sebab EOT.

  3. Adakah projek ini sudah masuk ke peringkat LAD?

    Untuk makluman, pengurusan projek bagi Projek Langat 2 ini yang melibatkan 25 pakej pembinaan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor tidak mempunyai butiran terperinci berkaitan jumlah LAD yang dikenakan kepada pihak kontraktor.

Lampiran

Tiada Lampiran.