Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

52) RANGKAI 5G SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah capaian rangkaian 5G di Selangor?

    Setakat 31 Disember 2023, peratusan liputan 5G di kawasan berpenduduk bagi negeri Selangor telah mencapai 95.9%. Ini adalah berdasarkan kepada bilangan struktur 5G yang siap pada tempoh yang sama (31 Disember 2023) iaitu sebanyak 1,620 daripada 1,851 struktur 5G yang dirancang yang juga merupakan peruntukan paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Baki sebanyak 231 struktur lagi sedang di dalam peringkat pelaksanaan dan peratusan liputan 5G negeri Selangor akan terus meningkat kepada 96.3% apabila baki struktur ini dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2024. Sebagai perbandingan, peratusan liputan 5G negara berada pada paras 80.2%.

    Kerajaan Negeri memberi komitmen dan menyokong penuh usaha pelaksanaan yang dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), melalui proses-proses kelulusan dan permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  2. Bagaimana rangkaian 5G akan membantu pembangunan di Selangor?

    Transformasi digital yang dimangkin oleh liputan 5G dijangka akan mewujudkan potensi peningkatan KDNK sebanyak lebih kurang RM150 bilion serta penambahan 750,000 pekerjaan baharu menjelang tahun 2030 selain dari manfaat dan impak kepada sosia eknonomi secara keseluruhan.

    Pelaksanaan rangkaian 5G ini juga merupakan salah satu tunjang penting dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri dalam mencapai visi Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) seperti yang terkandung dalam kerangka pembangunan negeri Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

    Antara projek yang akan dijayakan melalui pelaksanaan rangkaian 5G di bawah projek IDRISS adalah seperti berikut:

    1. NCT Smart Industrial Park, Sepang
    2. Sepang Gold Coast, Sepang
    3. Sepang 2000
    4. Selangor Business Capital, Sepang
    5. Guocoland Emerald Sepang

    Selain itu, beberapa industri utama telah dikenalpasti dalam mengadaptasi perkhidmatan rangkaian 5G seperti minyak dan gas, pelancongan, pendidikan, kesihatan, pertanian, pembuatan, peruncitan, serta tenaga dan utiliti; ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan ekonomi Negeri Selangor.

  3. Adakah rangkaian 5G yang stabil telah menjadikan tarikan bagi pelabur untuk melabur di Selangor?

    Insiatif IoT Enabled Industrial Park (“IEIP”) telah tersenarai sebagai inisiatif berpotensi tinggi di dalam Rancangan Selangor Pertama (“RS-1”) 2021-2025, di bawah Pembangunan Berfokuskan Sektor Ekonomi Digital.

    Objektif IEIP ialah bagi memastikan pembangunan di kawasan-kawasan perindustrian di Selangor dilengkapi dengan insfrastruktur telekomunikasi dan kemudahan internet, selari dengan pewartaan kemudahan internet sebagai utiliti ketiga di Malaysia. Ianya amat penting bagi memudahkan aplikasi teknologi IR 4.0 dan 5G digunapakai dengan ketersediaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan perindustrian. Justeru itu, ia bakal menarik pelaburan dari sektor perkilangan berteknologi tinggi di Negeri Selangor.

    SMARTSEL Sdn Bhd sebagai pelaksana insiatif IEIP melalui Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (“MBI”) dan Invest Selangor akan bekerjasama dengan penyedia infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan internet sedia ada bagi pembangunan kawasan perindustrian atau “Managed Industrial Park” yang strategik, dimana Kerajaan Negeri Selangor melalui SMARTSEL Sdn Bhd telah menjalankan kerjasama yang melibatkan kawasan perindustrian seperti berikut:

    1. Kawasan Perindustrian Bandar Sulatan Sulaiman, Port Klang
    2. Pulau Indah, KlangCOMPASS @ Kota Seri Langat, Kuala Langat
    3. UMW HVM Park, Serendah

Lampiran

Tiada Lampiran.