Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

50) KEDUDUKAN KEWANGAN PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menanggung beban hutang yang besar berjumlah RM5.7 bilion. Apakah kedudukan aliran tunai dan pendapatan PKNS mampu membayar balik hutang-hutang ini dan nyatakan perincian sumber pendapatan PKNS bagi tahun-tahun 2018 sehingga 2022?

    PKNS tidak menanggung hutang berjumlah RM5.7 Bilion dan kedudukan kewangan PKNS berada pada tahap yang baik dimana PKNS masih memperolehi keuntungan hasil daripada pendapatan     utama operasi PKNS. Kedudukan aliran tunai PKNS juga pada tahap yang baik dimana PKNS mampu membayar semua tanggungan Perbadanan.

    Sumber pendapatan PKNS bagi tahun 2018 sehingga 2022 adalah terdiri dari pendapatan operasi PKNS melalui Jualan Bangunan, Jualan Tanah dan Penswastaan. Manakala, pendapatan bukan operasi PKNS terdiri daripada Sewaan, Perbadanan Pengurusan dan Pelbagai Pendapatan.  Bagi tahun 2018 Sehingga 2022, penyumbang utama kepada pendapatan PKNS adalah menerusi pendapatan operasi PKNS iaitu Jualan Hartanah PKNS iaitu sekitar 50% sehingga 80% berbanding keseluruhan pendapatan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.