Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

49) KLINIK KESIHATAN BT. 9, BT. 14 DAN KLINIK DESA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menaiktaraf kemudahan tersebut memandangkan klinik tidak mampu menampung kehadiran pesakit semasa?

    Tuan Speaker,

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    Untuk pembaikan jangka sederhana, RM500,000.00 telah diluluskan bagi kerja-kerja naik taraf bangunan farmasi serta kerja lain yang berkaitan di Klinik Kesihatan (KK) Batu 9, di bawah peruntukan BP00600 untuk tahun 2024. Bagi perancangan jangka panjang KK Batu 9, JKN Selangor telah mencadangkan fasiliti ini untuk disenaraikan dalam RMK-13 bagi roboh dan bina baru dari bangunan jenis Beetle kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 Piawai.

    Manakala untuk KK Batu 14, bangunan sedia ada telah berusia dengan banyak kerosakan seperti kebocoran, uzur dan usang. Bilik pemeriksaan gunasama yang sempit juga tidak kondusif untuk pesakit dan kakitangan kesihatan. Bagi pembaikan jangka sederhana, kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf sistem peparitan dalaman dan lain-lain kerja yang berkaitan di KK Batu 14 telah dibuat pada tahun 2023 dengan kos RM290,030.00. Klinik ini juga telah selesai menjalani kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf sistem pendawaian elektrik dan siling bangunan termasuk Klinik Pergigian Batu 14 pada tahun 2023 melibatkan perbelanjaan bernilai RM149,824.00. Bagi perancangan jangka masa panjang, JKN Selangor juga telah mencadangkan fasiliti ini untuk disenaraikan dalam RMK-14 untuk roboh dan bina baru bangunan dari jenis Beetle kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 Piawai.

    Seterusnya, klinik desa akan dipertimbangkan untuk dinaik taraf atau ditutup dengan merujuk kepada keperluan dan ketersediaan  setempat  berdasarkan faktor-faktor berikut:

    1. Infrastruktur bangunan usang dan disahkan tidak selamat diduduki yang disahkan oleh Jabatan Kerja Raya;
    2. Bangunan fasiliti kesihatan @ Klinik Desa yang telah dirobohkan;
    3. Kadar populasi penduduk setempat yang menurun;
    4. Purata beban kerja harian yang rendah;
    5. Jarak klinik kesihatan yang berdekatan adalah kurang dari 5 km;
    6. Sekiranya infrastruktur bangunan masih selamat untuk diduduki, JKN perlu mengemukakan perancangan tukar fungsi kegunaan bangunan klinik desa jika ditutup;
    7. Mendapat persetujuan secara rasmi oleh penduduk setempat/ masyarakat melalui Ketua Masyarakat/ Pegawai Daerah/ Ahli Parlimen.

    Untuk makluman, penyelenggaraan fasiliti kesihatan di bawah pihak syarikat yang dikenalpasti untuk memberikan Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Namun begitu, bagi fasiliti kesihatan primer yang tidak diuruskan oleh sebarang syarikat di bawah PSK, ia akan diselenggara oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah menggunakan peruntukan pengurusan sedia ada.

  2. Keadaan bangunan yang uzur perlu diselenggara dengan kerap berapakah peruntukan yang disediakan?

  3. Mohon kerajaan meneliti kemudahan pergigian dan menambahbaik kemudahan di kk adun dusun tua.

    Pada masa ini, terdapat dua (2) fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian di Dusun Tua, iaitu Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Batu 14 (KP Batu 14) dan Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Batu 9 (KP Batu 9). Kedua-dua klinik pergigian ini dilengkapi dengan dua (2) kerusi pergigian dan menyediakan perkhidmatan pergigian primer seperti pemeriksaan dan diagnosis, penskaleran, tampalan gigi, cabutan, pembuatan gigi palsu dan rawatan kanal akar. Penduduk setempat boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian secara ”walk in” atau secara janjitemu menggunakan aplikasi MySejahtera. Sesi pagi dikhaskan untuk pesakit luar, manakala sesi petang dikhaskan untuk janjitemu pembuatan gigi palsu dan rawatan kanal akar.

    Untuk makluman, tidak terdapat kemudahan pergigian di Klinik Desa Dusun Tua. Walau bagaimanapun, pasukan pergigian yang terdiri daripada pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian, dari KP Batu 14 membuat lawatan sekali dalam seminggu pada hari Khamis untuk menjalankan pemeriksaan dan konsultasi pergigian bagi pesakit ibu mengandung dan kanak-kanak toddler. Jika rawatan lanjut diperlukan, janjitemu akan diberikan ke KP Batu 14.

    Bagi perancangan masa sederhana, pada tahun 2023, KP Batu 14 telah menerima peruntukan projek klinik daif berjumlah RM149,824.00. Kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf sistem pendawaian dan siling telah dijalankan bermula Mei 2023 dan selesai pada September 2023.

    Bagi perancangan jangka masa panjang, JKN Selangor juga telah mencadangkan fasiliti-fasiliti ini untuk disenaraikan dalam RMK-14 untuk roboh dan bina baru dari bangunan jenis Beetle kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 Piawai (KK2). Klinik Pergigian di KK2 akan dilengkapkan dengan lapan (8) kerusi pergigian, di mana lima (5) adalah untuk perkhidmatan pergigian primer dan tiga (3) untuk perkhidmatan pakar pergigian.

Lampiran

Tiada Lampiran.