Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

40) MENAMBAH BAIK INFRA DI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan penyelarasan dan tindakan jangka masa panjang serta pendek dari kerajaan Selangor melalui stanco infra bagi menambah baik infra di kampung tradisi yang bukan di bawah penyeliaan PBT?

    Tuan Speaker,

    Saya mohon supaya soalan ini dijawab bersekali dengan soalan no.75 daripada Yang Berhormat Sungai Pelek.

    Kerajaan Negeri sentiasa komited terhadap pembangunan sosio – ekonomi, sosial dan infrasturktur di kampung-kampung tradisi di Selangor. Sehubungan itu bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi dan RM2 juta untuk Program Pembangunan Desa khusus bagi program-program pembangunan sosio-ekonomi dan sosial. Manakala sejumlah RM2 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah Negeri Selangor, serta peruntukan berjumlah RM2 juta bagi projek-projek naik taraf dan baik pulih balai raya dan kemudahan awam luar bandar yang lain di semua daerah Negeri Selangor.

    Sehubungan ini, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan cadangan bagi program pembangunan sosial dan ekonomi desa serta permohonan bagi projek pembangunan desa dan akan menilai dari segi keperluan dan keadaan semasa bagi pelaksanaannya. Cadangan dan permohonan bagi menjalankan program ini hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah untuk diangkat kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) selanjutnya akan dibawa untuk penelitian dan pertimbangan YB Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.