Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
39) ASET YAYASAN SELANGOR DI BUKIT BINTANG DAN KAMPUNG PANDAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini kedudukan dan perancangan terkini Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang dan Kampung Pandan?
i. Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang
Yayasan Selangor telah menawarkan pajakan jangka panjang kepada sebuah syarikat dan kini dalam proses memuktamadkan dokumen perjanjian pajakan. Dijangka ianya akan dimeterai pada akhir Februari 2024.
ii. Tanah Yayasan Selangor Kampung Pandan
Yayasan Selangor telah memeterai perjanjian pembangunan untuk membangunkan kawasan berkenaan dengan sebuah syarikat. Perintah pembangunan daripada pihak DBKL telah diperolehi bagi cadangan pembangunan perumahan dan perdagangan pada 22 Januari 2024. Projek pembangunan ini akan dilaksanakan dan siap sepenuhnya dalam jangka masa 8 tahun.
-
Adakah Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor mempunyai rancangan khusus untuk menggunakan aset-aset tersebut di masa hadapan memandangkan ia telah terbengkalai sejak 10 tahun lalu?
Sebagai entiti yang perlu menjana pendapatan sendiri dari hartanah milik syarikat, Yayasan Selangor sudah pasti mempunyai perancangan untuk kedua-dua aset tersebut dan ianya ketika ini dalam proses pelaksanaan pembangunan.