Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
34) HUKUMAN KEPADA PEMILIK HAIWAN TERNAKAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar atau polisi oleh pihak berkuasa tempatan dalam undang - undang terhadap pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran dan boleh menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan serta kehilangan nyawa?
Sehingga kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 5(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara selama tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekiranya didapati pemilik ternakan telah membiarkan ternakan berkeliaran di luar kawasan penternakan yang dibenarkan. Pejabat Daerah dan Tanah juga boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda sebanyak RM100.00.