Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
31) RUMAH SELANGORKU MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang tergendala? Bilakah projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang dimaklumkan oleh pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana dijadualkan iaitu pada akhir disember 2023?
Untuk makluman, beberapa siri mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan bagi memantau perkembangan pembinaan projek Rumah Selangorku Pangsapuri Morib Anggun oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Antara perkembangan terkini adalah seperti berikut :-
- Pada 22 Januari 2024, pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan Mesyuarat Di Bawah Seksyen 10E (1)(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) Untuk Hadir Di Hadapan Pegawai Pemeriksa Bagi Tujuan Siasatan Secara Lisan Berkaitan Projek Perumahan Bermasalah Sentoria Harta. Hasil daripada mesyuarat tersebut, terdapat pindaan Jadual Pelaksanaan Projek yang mana projek dijangkakan akan siap sepenuhnya pada Disember 2024. Jadual ini adalah selaras seperti mana yang dikemukakan kepada pihak LPHS pada
22 November 2024. - Pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) juga telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai & Bermasalah Daerah Kuala Langat Bil. 1/2024 pada
7 Februari 2024 melibatkan pembangunan Rumah Selangorku Morib, pihak MPKL akan mengeluarkan notis untuk memohon laporan secara bertulis daripada pihak pemaju. - Hasil daripada tindakan tersebut, beberapa langkah yang telah dan akan dibuat oleh pihak pemaju iaitu :-
i. Pihak pemaju telah menyelesaikan perkara berkaitan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. yang mana ‘Bank Guarantee’ (BG) telah dikemukakan dan Pelan Sistem Bekalan Air Luaran Interim telah pun mendapat kelulusan. Oleh yang demikian, kerja-kerja infrastruktur yang berkaitan boleh dilaksanakan oleh pemaju.
ii. Terdapat pelabur baru yang akan menyokong projek dengan suntikan dana signifikan. Pengurusan tertinggi syarikat turut diganti bagi memastikan kerja di lapangan diteruskan.
iii. Terdapat pindaan Jadual Pelaksanaan Projek yang mana projek dijangkakan akan siap sepenuhnya pada Disember 2024.
iv. Pihak pemaju juga sedang menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan pihak perbankan bagi melancarkan kerja pembinaan di lapangan.