Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

20) PEMUTIHAN KILANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kilang di DUN Sementa mengikut kategori -
    a- Mempunyai kebenaran merancang
    b- Dalam pemutihan
    c- Haram yang tidak memohon pemutihan

    Jumlah kilang yang terdapat di DUN Sementa adalah seperti yang berikut:

  2. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan semua kilang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan?

    Bagi memastikan semua kilang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pihak Majlis telah menjalankan tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi luar seperti Pejabat Daerah/Tanah Klang, Tenaga Nasional Berhad dan AIR Selangor (bagi pemotongan bekalan elektrik dan air). Selain itu juga, pelaksanaan syarat-syarat teknikal minima bagi kilang-kilang yang tersenarai dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) ini membantu syarat-syarat teknikal dipatuhi oleh setiap pekilang.

Lampiran

Tiada Lampiran.