Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

17) KEADAAN MASJID DAN SURAU YANG LAMA DAN UZUR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang dilakukan pihak Kerajaan Negeri terhadap Masjid dan Surau yang lama dan uzur seperti di Surau Al-Hidayah, Taman Zamrud dan Surau Al-Hidayah, Sg. Kantan, Kajang?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor melalui peruntukkan sedia ada tidak mampu untuk membaik pulih atau menaik taraf masjid dan surau lama disebabkan bilangan masjid dan surau yang terlalu banyak iaitu 439 masjid dan 2,100 surau. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membantu pihak surau untuk mendapatkan kelulusan kebenaran menaiktaraf Surau Al-Hidayah, Taman Zamrud dan Surau Al-Hidayah, Sg Kantan dari Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) bagi membolehkan kutipan dana untuk menaiktaraf surau tersebut dapat dimulakan melalui dana kutipan wakaf.

  2. Senaraikan pihak bertanggungjawab yang boleh membantu Masjid dan Surau dalam menyalurkan dana sumbangan.

    Pihak bertanggungjawab yang boleh membantu Masjid dan Surau dalam menyalurkan dana sumbangan adalah seperti berikut:

    1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui peruntukkan pembangunan P14 vote baikpulih surau berjumlah RM 200,000.00 setahun.
    2. Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui peruntukkan sumbangan baikpulih institusi agama berjumlah RM 50,000.00 bagi naik taraf selain pagar dan tandas.
    3. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU)

Lampiran

Tiada Lampiran.