Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

12) PEMATUHAN AMALAN ESG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor membantu SME untuk mematuhi amalan ESG peringkat antarabangsa?

    Tuan Speaker,

    Kerajaan Negeri Selangor menerusi Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec) telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) mematuhi amalan Environmental, Social, and Governance (ESG) peringkat antarabangsa. Ini termasuk:

    • Mengadakan Forum Berkaitan ESG: SME ESG Summit: Accelerating Sustainable Transformation in Retail Supply Chains yang telah diadakan pada persidangan Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) 2023 dengan tujuan untuk mendidik SME tentang kepentingan dan manfaat mematuhi amalan Topik yang dibincangkan termasuk:
      1. Responsible Al: Designing Tomorrow with Ethics and Transparency*
      2. Al in Healthcare: Charting a Sustainable Path Forward*
      3. Al-Driven Mobility: Paving the Way for a Net Zero Futuree
      4. Biotech for a Sustainable Future: Advancements in Climate Change and Agro Applications*
      5. How to Invest for a Sustainable Future: AI, Net Zero, and Biotech Startups*

    2) Melalui forum ini, SME terdedah dengan cara-cara untuk mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam operasi perniagaan mereka, serta memahami keuntungan jangka panjang dan tanggung jawab sosial.    

    Sidec juga menawarkan program seperti Selangor Accelerator Programme (SAP) dan Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) yang menyediakan mentorship, bengkel, kepada para usahawan dan peniaga startup supaya mereka dapat bersedia untuk menerima pelaburan. Program-program ini merangkumi elemen ESG, membantu SME untuk mengembangkan strategi yang efektif dan memenuhi standard ESG.

  2. Apakah cabaran akan dihadapi oleh SME untuk mematuhi amalan ESG?

    Kebanyakan SME di Selangor berdepan cabaran untuk mematuhi ESG atas pelbagai faktor seperti:

    1. Kurang Pendedahan: Kebanyakan SME mungkin tidak menerima pendedahan yang cukup tentang apa itu ESG, mengapa ia penting, dan bagaimana cara mematuhi standard ESG dan bagaimana untuk menerapkan ESG dalam operasi
    2. Selain itu, Masalah Aliran Tunai. Pelaksanaan inisiatif ESG sering memerlukan pelaburan yang besar, dan kebanyakan SME berdepan sumber kewangan yang terhad mungkin memberi cabaran untuk SME untuk memenuhi keperluan standard ESG.
    3. Bakat dan Pakar ESG: SME juga berdepan cabaran untuk mengupah pakar ESG kerana kekurangan bakat dan pakej bayaran yang tinggi dalam upahan pakar ESG akan memberi kesan kepada SME.

    Namun, manfaat yang diterima SME dalam melaksanakan pematuhan-ESG adalah baik memandangkan SME adalah sebahagian daripada rantaian bekalan global, dan ESG kini semakin memaikan peranan penting dalam polisi pelaburan Malaysia.

  3. Berapakah jangkaan kerugian akan dihadapi oleh SME disebabkan perlu mematuhi amalan ESG?

    Setakat ini, tiada maklumat dan data yang terperinci berkenaan jangkaan kerugian yang akan dihadapi oleh SME disebabkan perlu mematuhi amalah ESG. Namun, pematuhan ESG ini mampu memberi manfaat kepada SME seperti meningkatkan daya saing dan inovasi, menambahbaik kecekapan operasi, meningkatkan akses kepada kewangan dan pasaran, meningkatkan perhubungan dengan pihak berkepentingan dan menambahbaik reputasi.

    Walaupun pelaksanaan ESG dalam kalangan SME dilihat sangat mencabar, pematuhan ESG ini adalah penting untuk semua jenis perniagaan dari semua sektor untuk memastikan perniagaan masing-masing boleh menyumbang kepada impak persekitaran yang positif, tanggung jawab sosial dan kelakuan yang beretika.

Lampiran

Tiada Lampiran.