Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

7) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah laluan perkhidmatan bas percuma yang telah diperkenalkan berhasil menepati sasaran penubuhannya?

    Berikut adalah kedudukan kewangan Program SITHAM dari tahun 2020 – 2023.

  2. Berapakah kos bulanan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam merealisasikan perkhidmatan yang sangat baik ini?

    Plan 1

    Pemantapan Industri Kreatif melalui Latihan usahawanan SITHAM dan Geran Peralatan.

    Industri Kreatif Terdiri Daripada:

    1. Industri Kreatif Multimedia merangkumi pelbagai industri yang menggunakan perkembangan teknologi terbaru untuk mencipta produk-produk kreatif. Beberapa contoh industri dalam kategori ini termasuk:
    • Penerbitan Filem dan TV
    • Pengiklanan
    • Seni Reka
    • Animasi dan Kandungan Digital.

     

    1. Industri Kreatif Seni Budaya melibatkan sektor-sektor industri yang berkaitan dengan penciptaan karya seni yang mencerminkan kebudayaan Malaysia, seperti:
    • Kraf
    • Seni Visual
    • Seni Muzik
    • Seni Persembahan
    • Penulisan Kreatif
    • Fesyen dan Tekstil.

     

    1. Industri warisan budaya pula adalah industri yang merujuk kepada warisan budaya contohnya aktiviti muzium, arkib, pemulihan dan pemuliharaan.

    Objektif

    1. Bermatlamat menjadikan industri kreatif negara berdaya saing dan progresif menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan mengangkat martabat warisan budaya.
    2. Menbangunkan industri kreatif di peringkat domestik dan antarabangsa.
    3. Penyediaan persekitaran, kemudahan dan bantuan bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif tempatan.
    4. Pengiktirafan usahawan industri kreatif melalui program latihan dan akreditasi.

    Usaha ini diambil bagi merealisasikan usaha kerajaan untuk meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 20% yang dianggarkan berjumlah RM31 bilion menjelang 2025.

    Plan 2

    Jelajah bersama YB Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, untuk bertemu dengan usahawan muda dan OKU. Jelajah ini akan diadakan secara berperingkat ke seluruh DUN negeri Selangor.

    Melalui jelajah ini SITHAM Selangor dapat bersemuka secara fizikal dengan usahawan yang terdiri daripada golongan belia dan OKU bagi membantu mereka menaiktaraf kehidupan dan ekonomi menerusi janaan pendapatan melalui kemahiran sendiri. Program-program SITHAM akan disampaikan kepada mereka tanpa proses pendaftaran yang rumit bagi membolehkan urusan pemohonan bantuan geran peralatan dan latihan diperoleh oleh mereka dengan mudah.

    Objektif

    1. Mengembangkan pengetahuan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan secara efektif.
    1. Mendorong usahawan muda dan OKU dalam berusaha dengan sendiri melalui akses kepada bantuan dan agensi berkaitan bagi meningkatkan semangat daya saing.
    1. Memastikan program latihan dan sumber tersedia secara luas dan mudah diakses oleh golongan belia dan OKU, termasuk dalam informasi dan teknologi.
    1. Meningkatkan panyertaan dalam ekonomi negara dengan membantu mereka mereka dalam industri usahwan serta dapat menjana pendapatan sendiri.
    2. Memastikan golongan belia dan OKU memiliki peluang yang sama dengan usahawan lain dalam menjalankan perniagaan mereka sendiri.

    Plan ini selaras dengan RMK12 2021-2025 Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan tinggi bagi memperkasa ekonomi belia dan OKU yang telah diluncurkan pada tahun 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.