Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
364) MASALAH BEKALAN AYAM DAN KENAIKAN HARGA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk jangka masa panjang menambahbaik dalam sektor penternakan khususnya penternakan ayam tempatan? Sekiranya ada, mohon lampirkan kerta kerja cadangan serta peruntukan yang disediakan bagi tujuan tersebut.
Kerajaan Negeri telah merancang untuk jangka masa panjang bagi menambahbaik sektor penternakan khususnya penternakan ayam tempatan. Sebahagian rancangan ini adalah seperti yang disediakan bagi Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12) dari tahun 2021 hingga 2025 di bawah program PK02001 – Program Transformasi Penternak Unggas / Bukan Ruminan.
Penternak-penternak unggas berkategori kecil-kecilan dan sederhana dibantu dalam bentuk peralatan dan bahan binaan bagi menaik taraf sistem penternakan masing-masing supaya mampu mengekalkan atau meningkatkan pengeluaran.
Bersama-sama jawapan ini dilampirkan kertas perancangan PK02001 – Program Transformasi Penternak Unggas / Bukan Ruminan yang telah didokumenkan dalam Buku RMKe-12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor).