Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
358) USAHAWAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program-program usahawan terkini yang telah dijalankan dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan senaraikan keseluruhannya.
Kerajaan Negeri melalui agensi – agensi yang berkaitan sentiasa menganjurkan program ekspo dan karnival dalam usaha untuk membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan produktiviti. Antara program ekspo dan karnival yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi – agensi yang berkaitan adalah:
- Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 SIBS merupakan program tahunan bertaraf antarabangsa dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor. Program ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai Gerbang Pasaran Asia Tenggara (Selangor, The Gateway to ASEAN) dan juga memberi peluang kepada syarikat – syarikat tempatan untuk meluaskan pasaran ke peringkat global di samping menjadi ruang untuk usahawan tempatan dan asing meneroka dan menjalinkan kerjasama perniagaan.
SIBS 2023 telah diadakan pada 19 – 22 Oktober 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Antara komponen utama SIBS 2023:
- Selangor International Expo (F&B)
- Selangor International Expo (MEDIC)
- Selangor Industrial Park Expo (SPARK
- Selangor ASEAN Business Conference (SABC)
- Selangor Smart City & Digital Economy (SDEC)
- Selangor R&D & Innovation Expo (SRIE)
Di samping itu, SIBS 2023 juga menjadi pentas bagi program-program sampingan seperti:
- Selangor International Culinary Festival (SICF)
- Selangor International Healthcare Conference (SIHC)
- Selangor International Coffee Week (SICW)
- Malaysia International Coffee and Tea Expo (MITCE)
- SIBS Invitational Golf Tournament
- Selangor Aviation Show (SAS)
Merupakan program pameran yang melibatkan pemain – pemain dalam industri aero angkasa. Program pameran ini telah diadakan pada 7 – 9 September 2023 bertempat di Subang Skypark RAC, Subang, Selangor. Program SAS ini Kerajaan Negeri berpeluang untuk mempromosikan aktiviti Penerbangan Perniagaan dan Penerbangan Am (Business Aviation dan General Aviation) disamping dapat mempromosikan Subang sebagai hab industri penerbangan dan aktiviti yang berkaitan.
- Selangor International Halal Convention (SELHAC) 2023
Kerajaan Negeri melalui Halal International Selangor (HIS) telah menganjurkan SELHAC 2023 pada 10 – 12 Mac 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (World Trade Centre).
SELHAC 2023 memberi penekanan kepada pembangunan industri halal dan ianya merangkumi 6 kluster utama iaitu:
- Makanan & Minuman;
- Farmaseutikal & Penjagaan Kesihatan;
- Bahan Mentah & Ramuan Halal;
- Penjagaan Diri & Kecantikan;
- Pelancongan & Hospitaliti; dan
- Busana Sopan.
Antara program sampingan yang dilaksanakan sepanjang penganjuran SELHAC 2023 ialah:
- Seminar Kewangan Islam, Standard Halal & Logistik Halal;
- Forum Kewangan Islam & Penembusan Pasaran;
- Sesi Padanan Perniagaan;
- Demonstrasi Masakan;
- Product Pitching; dan
- Sesi Pemasaran Digital.
- Program Smart Raya Selangor
Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) telah mengumumkan inisiatif Smart Raya Selangor 2023. Inisiatif ini merangkumi 3 kempen iaitu, Festival Usahawan Gempak, Bazar Ramadan Cashless dan Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards Edisi ke-8.
Inisiatif yang julung kali diadakan ini menghimpunkan 150 usahawan serta pemberian Anugerah Usahawan Gempak kepada 10 usahawan tempatan yang berimpak tinggi di Festival Usahawan Gempak, jelajah ke 5 lokasi bazar ramadan terpilih di Selangor untuk mempromosikan inisiatif pembelian tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet, dan pencarian juara e-dagang melalui Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards (Top ECM).
- Program Himpunan Usahawan Tempatan 2023
Festival Usahawan Gempak yang berlangsung dari 7-9 April 2023, mensasarkan seramai 25,000 pengunjung untuk hadir membeli belah daripada 150 usahawan tempatan yang menjual dan mempromosi barangan keperluan hari raya Aidilfitri seperti SimplySiti, Farm Fresh, Elrah Exclusive, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves, Absolut Chocolat, dan beberapa jenama tempatan yang lain. Sidec turut menyediakan baucar beli belah berjumlah RM40 ribu yang hanya boleh ditebus sepanjang festival ini berlangsung sebagai salah satu inisiatif tambahan kepada usahawan yang menyertai festival ini.
- Hari Export Selangor 2023
Pada tahun 2023, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah merancang untuk mengadakan siri jelajah ke semua negeri dan bekerjasama dengan Kerajaan/Agensi Negeri.
Hari Eksport Selangor 2023 telah menjadi program pertama yang dianjurkan dalam siri jelajah ini dan PKNS telah berkolaborasi dengan pihak MATRADE sebagai penggerak bersama bagi program yang telah dijalankan selama dua (2) hari di SACC Convention Centre. PKNS selaku penaja lokasi program telah mendapatkan penyertaan daripada usahawan-usahawan PKNS dan telah memberi input tambahan kepada mereka seperti berikut:
- Solusi ekport seperti program eTrade;
- Platform Perdagangan Digital MATRADE iaitu My Export; dan
- Pembelajaran digital MATRADE bagi membantu syarikat meneroka pasaran antarabangsa dan mengenal pasti platform e-dagang.
- SIE (F&B) Supermarket Buyers Program
Kerajaan Negeri Selangor menerusi agensi pelaksana Invest Selangor telah membuat satu bentuk kerjasama dengan berberapa pasaraya-pasaraya besar menerusi program Program Pembeli Pasaraya SIE (F&B) (atau SIE (F&B) Supermarket Buyers Program) di dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS).
Program ini adalah satu inisiatif Invest Selangor untuk memperkenal dan menyenaraikan usahawan-usahawan terpilih yang menyertai pameran Selangor International Expo (F&B) ke dalam rantaian pembekal pasaraya-pasaraya yang terlibat. Usahawan berkenaan akan diberikan insentif bayaran fi pendaftaran pembekal, fi penyenaraian produk serta ruang promosi di kawasan pasaraya berkenaan.
Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan agensi pelaksana ekspo menyediakan usahawan-usahawan yang berminat menyertai ekspo dan karnival di dalam dan luar negara seperti berikut:
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Karnival Usahawan Selangor (KAWAN) Anjuran Hijrah Selangor (2022) Gulf Food Dubai (2022)
Karnival Kawan Kraf Selangor (2023) Expo Pengguna Malaysia Fest 2022 @ Expo Changi di Singapura (2022)
Selbiz anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (2023) Salon International de lálimentation (SIAL) di Kanada (2023)
Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan (2023) Halal Expo Canada (HEC) di Kanada (2023)
Malaysia Fair Tokyo di Jepun (2023)
Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan kerjasama dengan agensi pelaksana ekspo dan karnival yang terbukti dapat membantu usahawan dalam memasarkan produk dan meningkatkan pendapatan.
-
Apakah tawaran dan bantuan yang akan diberikan kepada usahawan muda dan belia-belia Selangor?
Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah dana setiap tahun bagi memperkasakan dan melahirkan usahawan berjaya di dalam Negeri Selangor. Peruntukan ini adalah secara menyeluruh kepada usahawan di Negeri Selangor tidak mengira golongan tertentu. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
Bantuan ini diberikan kepada usahawan mikro melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan menikmati manfaat daripada bantuan ini. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00.
- Klinik Usahawan Selangor
Penubuhan Klinik Usahawan Selangor yang diselia oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek urus tadbir, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan. Ia juga bertujuan untuk membimbing secara menyeluruh dalam menguruskan perniagaan dan menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan. Melalui Klinik Usahawan ini, Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan, seterusnya menyarankan mereka untuk menyertai latihan-latihan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran usahawan dalam menjalankan perniagaan.
- Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada empat puluh enam (46) Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) Kerajaan Negeri Selangor untuk mengupayakan masyarakat keluar daripada kitaran kemiskinan. Program ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi. Matlamat utama program ini ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Program bantuan ini terbuka kepada semua pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.
- Pensijilan Halal Negeri Selangor
Program dijalankan oleh Halal International Selangor (HIS) dengan kerjasama JAIS. Ia terbuka kepada usahawan yang ingin mendapatkan pensijilan halal produk dan meningkat daya saing dan pasaran produk.
- Program Peningkatan Pembungkusan Produk
Program ini terbuka kepada usahawan yang ingin meningkatkan mutu pembungkusan dan bersedia menembusi pasar raya rantaian dan pasaran eksport. Usahawan yang terpilih akan diberikan pendedahan kepada keperluan teknikal, strategi penjenamaan, peraturan pembungkusan dan proses pelabelan barcode.
- Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor
Hijrah Selangor menyediakan pinjaman kewangan secara berperingkat bermula tahun 2020. Pembiayaan modal ini tidak membebankan penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal. Skim pinjaman yang ditawarkan di bawah agensi ini adalah seperti berikut:
- i-Bisnes
Pinjaman diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- i-Bermusim
Pinjaman mikro kredit berbentuk kewangan sehingga RM20,000.00 kepada usahawan bermusim seperti perayaan dan musim buah-buahan.
- Skim Zero to Hero
Program ini merupakan pakej latihan dan bimbingan perniagaan oleh syarikat peneraju selama tiga (3) hingga enam (6) bulan. Ia menawarkan pakej dalam bidang perniagaan, pembuatan, pertanian, perikanan, peruncitan dan jualan dalam talian.
- NADI (Skim Niaga Darul Ehsan)
Bantuan ini berbentuk pinjaman modal dari RM1,000.00 sehingga RM5,000.00 khusus untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan dalam kumpulan seramai 3 orang. Pembiayaan ditawarkan selama tiga (3) hingga enam (6) bulan.
- GO Digital (Skim Pembiayaan Digitalisasi)
Skim ini ditawarkan kepada usahawan yang ingin menyertai platform digitalisasi perniagaan. Pinjaman ditawarkan sehingga RM5,000.00 dengan tempoh pembiayaan enam (6) bulan sehingga tiga (3) tahun.
- Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM)
Program ini meliputi pemberian geran peralatan, latihan dan program mentor perniagaan. Berikut merupakan perincian program di bawah SITHAM:
- Latihan Pembangunan (Pengurusan)
Siri latihan keusahawanan berbentuk pentadbiran perniagaan, pemasaran dan promosi serta pengurusan kewangan.
- Latihan Kemahiran (Skill/Pembuatan)
Siri latihan keusahawanan berbentuk kemahiran dan pembuatan.
- Program Getting Reach Own Way (GROW)
Program secara mentor dan menti di mana usahawan baharu dilatih oleh industry key-player.
- Dana Usahawan India Selangor (DUIS)
Pemberian bantuan barangan perniagaan/peralatan secara one-off.
- Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED)
Program pemberian berbentuk mesin dan peralatan bernilai sehingga RM10,000.00 kepada peniaga kecil berbangsa India di kalangan golongan individu dan seisi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000.00.
Manakala bagi program yang dijalankan dengan pihak agensi memfokuskan pada golongan muda, Jawatankuasa Tetap Keusahawanan telah bekerjasama dengan UiTM Shah Alam dalam membangunkan usahawan muda iaitu Mahasiswa UiTM yang berada di Fakulti Perniagaan melalui Program FBM Innovation dan Biz Pitch Fest 2023 yang mana kedua-dua program ini memberikan bimbingan dan pendedahan kepada mahasiswa dalam perniagaan.
Bagi perancangan tahun 2024, Program Pembangunan Usahawan Muda (SAY Belia) akan dilaksanakan dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) untuk membangunkan usahawan muda melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Program ini memberi fokus kepada usahawan belia yang memerlukan bimbingan serta latihan khusus dalam membangunkan perniagaan. Program ini akan dilaksanakan selama 6 bulan yang merangkumi asas peniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran dan penempatan produk.
-
Berapa ramaikah usahawan-usahawan yang telah berjaya di Negeri Selangor yang dibantu dan dibawah program-program usahawan Negeri Selangor dan senaraikan latihan, bantuan dan peruntukan kepada usahawan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam semua bidang industri seperti industri pertanian, penternakan, makanan, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain didalam keusahawanan?
Senarai latihan, bantuan dan peruntukan yang ditawarkan untuk usahawan di Negeri Selangor adalah seperti di jawapan b. Dalam pada itu, jumlah usahawan yang telah dibantu dari segi pemberian geran meliputi semua bidang industri adalah seperti berikut:
Bil. Bidang/Dana Jumlah usahawan
Jumlah pemberian (RM)
1. Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) 1028
20,061,109.91
2. Industri Asas Tani (makanan ternakan, bantuan peralatan mesin proses makanan dan tong gas) 1782
1,148,639.00
3. Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) 639
3,346,920.00
4. Program Bantuan Blueprint 5,645
21,010,288.10
5. Dana Usahawan India Selangor (DUIS) 919
2,407,616.00
JUMLAH
10,013 47,974,573.01