Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
353) PEMBANGUNAN ECRL DI GOMBAK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan butiran tanah-tanah Kerajaan dan tanah milikan persendirian yang terlibat dalam pembangunan ECRL di jajaran C1B - Gombak. Apakah status pengambilalihan tanah tersebut?
Bagi pembangunan Projek ECRL di jajaran C1B – Gombak akan melibatkan sebanyak 275 lot tanah-tanah kerajaan dan tanah milikan persendirian yang akan terlibat. Berdasarkan kepada jumlah tersebut, ianya telah dipecahkan kepada lima (5) kategori tanah iaitu :-
- Kategori 1 – Tanah Kerajaan tanpa halangan (tanah kosong) sebanyak 34 lot;
- Kategori 2 – Tanah Kerajaan dengan halangan (mempunyai struktur binaan dan kependudukan) sebanyak lapan (8) lot;
- Kategori 3 – Tanah Milik Persendirian tanpa halangan (tanah kosong) sebanyak 164 lot;
- Kategori 4 – Tanah Milik Persendirian dengan halangan (mempunyai struktur binaan dan kependudukan) sebanyak 62 lot; dan
- Kategori 5 – Rizab Hutan (kawasan perhutanan) sebanyak tujuh (7) lot.
Berdasarkan daripada jumlah lot tersebut, sebanyak 119 lot bagi Kategori 3 iaitu Tanah Milik Persendirian tanpa halangan telah dikeluarkan Borang I & K bagi maksud kesegeraan / kemasukan awal. Manakala sebanyak 14 lot telah dikategorikan sebagai Tanah Tidak Dikenalpasti (TDK), dimana proses semakan masih di peringkat Pentadbir Tanah.
Bagi proses pre-acquisition hearing (pendengaran awam) yang diwajibkan sebelum tindakan awalan diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, sebanyak 56 lot telah selesai dan baki 37 lot masih di dalam proses.
-
Nyatakan butiran kelulusan setiap agensi Kerajaan Negeri; Pejabat Tanah & Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi kontraktor ECRL memulakan kerja-kerja tanah dan pembangunan di jajaran C1B - Gombak. Berapakah jumlah dan apakah butiran saman yang telah dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri terhadap kontraktor ECRL?
Kerajaan Negeri telah melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 40/2021 yang disahkan pada 24 November 2021 telah menimbang dan meluluskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL) di Negeri Selangor Jajaran Utara iaitu Seksyen C1 : dari Temerloh ke ITT Gombak dan Seksyen C2 : dari Gombak ke Pelabuhan Klang.
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju bahawa kerja awalan adalah dibenarkan setelah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 diwartakan. Walau bagaimanapun, kerja tanah boleh dimulakan setelah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 diwartakan. Ini adalah khusus untuk kawasan pengambilan yang melibatkan tanah kerajaan sahaja.
Manakala bagi tanah-tanah milik individu kebenaran masuk tapak dan kerja-kerja awalan hanya boleh dilaksanakan setelah bayaran pampasan dijelaskan kepada pemilik-pemilik tanah dan Borang K diendorskan di dalam hakmilik dan hakmilik sambungan dikeluarkan.
Projek ECRL ini juga telah menerima kelulusan daripada Pejabat Tanah & Daerah Gombak (PTD Gombak) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi memulakan kerja-kerja tanah dan pembangunan di jajaran C1B – Gombak seperti butiran di bawah :-
Butiran Jenis Pemilikan
Kelulusan
Batching Plant 1, Mukim Setapak, Daerah Gombak Tanah Persendirian:
PT2024
PT2035
PT2036
PT2038
PT2039
PT2040
Di dalam proses permohonan kelulusan PDT Gombak (Jangkaan pada 2/11/2023) KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS
Batching Plant 2, Jalan Ulu Yam Bharu, Mukim Batu, Daerah Gombak Tanah Kerajaan:
Plot A
Di dalam proses kelulusan PDT Gombak (Kad Putih bertarikh: 18/10/2023) KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS
Campsite 1, Mukim Batu, Daerah Gombak Tanah Persendirian:
PT 2924
PT 2925
Tanah Kerajaan (Rizab Melayu):
Plot B
Di dalam proses kelulusan PDT Gombak (Kad Putih bertarikh: 27/9/2023) KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS
Campsite 2, Mukim Batu, Daerah Gombak Tanah Persendirian:
Lot 64728
Di dalam proses kelulusan PDT Gombak (Kad Putih bertarikh: 19/9/2023) KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS
Campsite Adit 2/2 – 2/3, Mukim Batu, Daerah Gombak Rizab Hutan:
Kompartmen 28
Kompartmen 30
KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS Jalan Sementara Mimaland, Mukim Batu, Daerah Gombak Rizab Hutan:
Kompartmen 1
KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS Jalan Sementara Adit 2-1, Mukim Batu, Daerah Gombak Tanah Kerajaan:
Lot TK8
Lot TK9
Rizab Hutan:
Lot RH5
Lot RH6
Lot RH7
Lot RH8
KMTT: Pihak konsultan sedang menjalani pre-consult dari MPS