Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

344) MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH PADANG AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh memberikan peruntukan khas untuk pembangunan infrastruktur sukan dan rekreasi di kawasan Batang Kali pada tahun 2024 dan tahun 2025?

    MPHS tidak menyediakan satu peruntukan khas untuk kawasan Batang Kali. Namun begitu, MPHS menyediakan peruntukan pembaikan peralatan-peralatan, gelanggang-gelanggang dan kawasan-kawasan lapang di dalam kawasan Hulu Selangor termasuk Batang Kali. Peruntukan ini akan dikeluarkan untuk membaiki infrastruktur sedia ada seperti di Taman Awam Semarak dan Padang Awam Batang Kali.

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaiktaraf dan membaikpulih padang-padang awam di kawasan Batang Kali untuk kegunaan masyarakat setempat?

    Terdapat satu Padang Awam Batang Kali di Jalan Batang Kali berpotensi untuk dinaiktaraf mengikut saiz dan lokasi yang bersesuaian. Tetapi MPHS tiada perancangan untuk menaiktaraf padang sedia ada buat masa sekarang kerana padang tersebut juga digunakan sebagai tapak ekspo serta parking kereta. Jika dinaiktaraf, aktiviti-aktiviti  tersebut perlu dipindahkan ke lokasi lain. Untuk kawasan baharu, terdapat satu kawasan lapang yang luas di kawasan pemajuan Ligamas yang belum dimajukan. Jika kawasan itu dimajukan, pihak majlis akan mensyaratkan satu padang bola sepak di lokasi tersebut. MPHS juga akan mensyaratkan pemaju-pemaju lain di kawasan Batang Kali untuk menyediakan kawasan lapang yang berfungsi untuk aktiviti riadah.

Lampiran

Tiada Lampiran.