Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
341) RUMAH MAMPU MILIK OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat di Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengikut Daerah dan Kawasan ADN?
Sehingga kini, PKNS telah membina sebanyak 77,552 unit Rumah Mampu Milik dengan pecahan daerah dan kawasan ADN seperti berikut :-
Bil. Kawasan Pembangunan PKNS Jumlah Unit
Daerah Kawasan ADN 1. Shah Alam 41,597 Petaling Kota Anggerik / Batu Tiga
2. Kota Puteri 466 Kuala Selangor Ijok 3. Bukit Botak 1,214 Gombak Taman Templer 4. Selangor Cyber Valley 864 Sepang Dengkil 5. Bernam Jaya 455 Hulu Selangor Hulu Bernam 6. Ampang Ulu Klang 7,250 Hulu Langat Ampang 7. Kota Damansara 5,198 Petaling Kota Damansara 8. Bandar Baru Bangi 10,063 Hulu Langat Kajang 9. Antara Gapi 966 Hulu Selangor Batang Kali 10. Petaling Jaya 9,059 Petaling Bukit Gasing / Seri Setia / Taman Medan 11. Gombak 420 Gombak Sungai Tua JUMLAH 77,552 Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran RSKU Dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dari tahun 2018 sehingga kini ialah:
BIL PROJEK KATEGORI DAERAH MUKIM JUMLAH UNIT 1. Taman Keruing Rasa JENIS D Hulu Selangor Batang Kali 66 2. Selangorku Idaman Residensi JENIS D Sepang Dengkil 864 3. RMM Kota Puteri JENIS D Gombak Rawang 198 4. Rumah Teres Antara Gapi JENIS B Hulu Selangor Serendah 80 5. Rumah Teres Antara Gapi JENIS D Hulu Selangor Serendah 129 6. Rumah Mampu Milik U12 JENIS B & C Petaling Shah Alam
104 7. Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung JENIS B,C & D Gombak Batu 420 JUMLAH :
1,861 -
Berapakah jumlah pemohonan yang dipohon untuk memiliki Rumah Mampu Milik di Selangor mengikut tahun 2016 sehinggalah tahun 2023?
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran RSKU Dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor jumlah pemohonan untuk memiliki Rumah Mampu Milik di Selangor daripada tahun 2016 sehinggalah tahun 2023 ialah 164,055 pemohon seperti berikut:
TAHUN JUMLAH PEMOHON 2016 4,819 2017 7,184 2018 18,899 2019 23,912 2020 19,582 2021 30,924 2022 32,558 2023 26,177 JUMLAH 164,055 -
Apakah data terperinci jumlah rumah mampu milik yang disediakan daripada tahun 2016 sehingga 2023 oleh kerajaan Negeri mengikut daerah dan kawasan ADN di Selangor?
Data terperinci jumlah rumah mampu milik yang disediakan daripada tahun 2016 sehingga 2023 oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah seperti berikut:
DAERAH JUMLAH PROJEK
JUMLAH UNIT
KLANG 27
5,738
KUALA LANGAT 23
3,221
KUALA SELANGOR 26
4,936
SABAK BERNAM 11
221
HULU LANGAT 72
16,089
HULU SELANGOR 17
1,988
PETALING 65
15,847
GOMBAK 31
5,998
SEPANG 47
10,884
JUMLAH 319
64,922
Untuk makluman Yang Berhormat, pecahan pemohon rumah berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran RSKU Dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada mukim dan daerah dan bukannya berdasarkan Rekod kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri.