Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

340) INSENTIF DAN PROGRAM BANTUAN KEBAJIKAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada ADN Pembangkang mengendalikan program-program Insentif Kerajaan Negeri Selangor di kawasan masing-masing bagi memudahkan dan membantu masyarakat setempat?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Program-program Kerajaan Negeri terutamanya Iltizam Selangor Penyayang dikendalikan oleh agensi Kerajaan Negeri bagi memudahkan dan membantu masyarakat di setiap tempat untuk memastikan hasrat Kerajaan Negeri bagi memberdaya rakyat dicapai dengan hala tuju yang tempat.

  2. Jika tidak bersetuju, mengapakah perkara tersebut tidak boleh diberikan untuk ADN Pembangkang membantu masyarakat setempat?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Program-program Kerajaan Negeri terutamanya Iltizam Selangor Penyayang dikendalikan oleh agensi Kerajaan Negeri bagi memudahkan dan membantu masyarakat di setiap tempat untuk memastikan hasrat Kerajaan Negeri bagi memberdaya rakyat dicapai dengan hala tuju yang tempat.

  3. Jika Kerajaan Negeri bersetuju, bilakah perkara tersebut akan dilaksanakan?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Program-program Kerajaan Negeri terutamanya Iltizam Selangor Penyayang dikendalikan oleh agensi Kerajaan Negeri bagi memudahkan dan membantu masyarakat di setiap tempat untuk memastikan hasrat Kerajaan Negeri bagi memberdaya rakyat dicapai dengan hala tuju yang tempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.