Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
338) PENGECUALIAN CUKAI PINTU RUMAH KOS RENDAH, KAMPUNG TRADISI DAN BAGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengecualikan cukai Pintu rumah kos rendah, Kampung Tradisi dan Kampung Bagan untuk dalam tempoh tahun 2024 dan 2025 di seluruh Selangor?
Kerajaan Negeri akan menyemak semula pengecualian Cukai Pintu Rumah Kos Rendah, Kampung Tradisi dan Bagan dengan penetapan semula golongan sasar bagi memastikan ianya memberi impak yang dirancang bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
-
Berapakah jumlah hasil kutipan cukai pintu untuk rumah kos rendah, Kampung Tradisi dan Kampung Bagan pada tahun 2021 dan 2022 mengikut data statistik kutipan hasil berdasarkan daerah di Selangor?
Hasil cukai taksiran adalah berdasarkan kawasan PBT dan ianya tidak mengikut daerah. Jumlah hasil cukai pintu Rumah Kos Rendah, Kampung Tradisi dan Kampung Bagan tahun 2021 berjumah RM58.17 juta manakala, bagi tahun 2022 pula berjumlah 58.02 juta. Maklumat terperinci hasil kutipan cukai pintu Rumah Kos Rendah, Kediaman Kampung Tradisi dan Bagan mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:
PBT Tahun 2021
Tahun 2022
Kos Rendah
(RM)
Kediaman Kampung (RM)
Kos Rendah (RM)
Kediaman Kampung
(RM)
MBSA 4,842,572.00 1,102,305.56 4,841,521.50 1,052,060.26 MBPJ 4,971,851.10 843,951.21 4,978,444.50 843,951.21 MBSJ 5,911,234.60 902,527.92 5,894,046.75 861,287.55 MPK 4,491,086.61 1,702,980.77 4,469,582.41 1,702,980.77 MPAJ 9,020,438.00 870,381.00 9,020,437.85 869,318.47 MPS 4,353,385.92 2,963,042.66 4,352,277.84 2,935,704.66 MPKJ 6,933,019.52 600,951.72 6,930,447.81 599,618.52 MPSP 980,896.26 177,659.11 980,896.26 177,659.11 MPKL 1,177,196.80 335,326.90 1,187,671.60 335,326.90 MPHS 3,114,696.93 795,576.33 3,114,696.93 795,576.33 MPKS 854,527.53 209,909.87 854,451.93 209,370.07 MDSB 600,737.13 416,181.38 597,832.53 416,181.38 JUMLAH 47,251,642.40 10,920,794.43 47,222,307.91 10,799,035.23