Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

334) SAMPAH HARAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah statistik tapak pelupusan sampah haram diseluruh Negeri Selangor sejak 2018 sehingga sekarang?

    Jumlah statistik tapak pelupusan sampah haram di seluruh Negeri Selangor sejak tahun 2018 hingga sekarang mengikut mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:-

     

    Bil. PBT

    Tahun

    2018

    2019 2020 2021 2022

    2023

    1. MBSA

    24

    26 32 32 34

    42

    2. MBPJ

    30

    11 5 16 13

    12

    3. MBSJ

    30

    11 5 16 13

    12

    4. MPS

    8

    7 7 7 8

    8

    5. MPKj

    10

    9 5 7 9

    7

    8. MPSp

    15

    31 18 27 35

    24

    9. MPKL

    2

    2 3 2 1

    1

    10. MPKS

    6

    8 3 3 3

    3

    11. MPK

    MPK tidak mempunyai senarai secara terperinci bagi tahun 2018-2022

    25

    11. MPHS

    Tiada tapak pelupusan sampah haram

    11. MPAJ

    Tiada tapak pelupusan sampah haram

    12. MDSB

    Tiada tapak pelupusan sampah haram

    Jumlah

    125

    105 78 110 116

    109

    *Sumber: PBT Negeri Selangor

  2. Apakah usaha yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi menghapuskan tapak sampah haram?

    Antara usaha yang sedang dilakukan oleh PBT bagi menghapuskan tapak sampah haram adalah seperti berikut:

     

    1. PBT melantik panel pengurusan sisa binaan dan panel sisa industri bagi mengawal aktiviti pembuangan sampah haram di mana pemilik premis perumahan, komersial dan industri perlu menggunakan kontraktor panel PBT yang disyaratkan melalui pelan ubah suai dan syarat lesen;

     

    1. PBT melantik Syarikat KDEB Waste Management S Bhd. (KDEBWM) bagi melaksanakan pengurusan kutipan sampah di kawasan domestik di kampung;

     

    1. PBT juga sedang menilai semula jadual kekerapan kutipan sampah domestik setiap hari bagi kawasan yang mempunyai penjanaan kuantiti sampah yang tinggi seperti kawasan kedai/ kawasan komersial, industri/ Industri Kecil dan Sederhana, gerai/ kiosk/ medan selera, pasar malam, penjaja berpusat dan tong berpusat sebelum pelanjutan kontrak dengan KDEBWM dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran kutipan sampah. Namun, cadangan ini bergantung kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing;

     

    1. PBT menggunakan Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan Sisa yang disediakan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi memantau kewujudan potensi lokasi tapak pelupusan sampah melalui cerapan imej satelit beresolusi tinggi di kawasan masing-masing; dan

     

    1. PBT melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu terhadap tapak-tapak pelupusan sampah haram yang telah dikenal pasti.

Lampiran

Tiada Lampiran.