Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

330) LOJI WASTE TO ENERGY (WTE)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang ditanggung Kerajaan Negeri atau anak syarikat bagi membangunkan Jeram Integrated Solid Waste Management Center atau Loji Janakuasa Sisa kepada Tenaga (WTE) di Kuala Selangor?

    Worldwide Holdings Berhad (WHB), anak syarikat milik sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui dua fasiliti Waste To Energy (WTE) di Kuala Selangor yang mempunyai kapasiti untuk memproses dan melupuskan 3000 tan sisa pepejal sehari bagi menghasilkan tenaga elektrik 52 MW. Kos pembangunan WTE adalah ditanggung oleh WHB dan dibiayai melalui kaedah pembiayaan modal berbayar (Internal Funds atau Equity) dan pembiayaan projek (Project Financing) dengan pihak Institusi Kewangan. Kos untuk pembangunan WTE di Kuala Selangor dianggarkan dalam lingkungan RM1.2 bilion ke RM1.4 bilion. Namun, kos sebenar yang akan ditanggung oleh WHB untuk pembangunan projek ini tidak bersesuaian untuk didedahkan pada masa ini kerana terdapat beberapa proses perolehan yang masih dalam pelaksanaan.

  2. Adakah Shanghai Electric Engineering mendapat konsesi pengurusan sampah untuk projek ini? Jika Ya, apakah syarat dan berapakah kos yang perlu ditanggung Kerajaan Negeri untuk menghantar sampah ke WTE ini?

    Konsesi pengurusan sampah untuk projek WTE ini adalah sepenuhnya dibawah Worldwide Holdings Berhad (WHB) melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 27/2018 pada 30 Ogos 2018 yang telah disahkan oleh MMKN ke 28/2018 pada 14 September 2018. Shanghai Electric Engineering merupakan kontraktor Engineering, Procurement, Contruction and Commissioning (EPCC) yang dilantik oleh WHB untuk pembinaan WTE tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.