Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
319) PENGURUSAN AIR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan margin terkini rizab air di Selangor ?
Sehingga 30 September 2023, rizab margin bekalan air bersih bagi Air Selangor adalah 14.15% iaitu bersamaan 863 juta liter sehari. Kapasiti agihan pula adalah sebanyak 6,100 juta liter sehari dan purata penggunaan adalah sebanyak 5,237 juta liter sehari.
-
Berapakah bilangan loji rawatan air yang beroperasi di Selangor serta nyatakan kapasiti rizab bagi setiap loji rawatan air tersebut?
Di bawah Air Selangor, terdapat 34 loji rawatan air yang beroperasi untuk menyalurkan air bersih dan terawat kepada 9.1 juta pengguna di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.
Sehingga September 2023, rizab margin pengeluaran loji rawatan air adalah positif secara keseluruhannya dengan rizab margin sebanyak 14.15% atau bersamaan dengan 863 juta liter sehari.
Untuk makluman, rizab margin adalah berbeza mengikut kawasan agihan. Daripada 34 loji rawatan air yang beroperasi, 24 daripadanya mempunyai rizab air yang positif manakala 10 lagi mempunyai rizab air yang negatif.
Perincian kapasiti rizab dalam juta liter sehari bagi loji rawatan air adalah:
No Loji Rawatan Air Kapasiti Rizab (JLH)
Kapasiti Rizab (%)
1 Sungai Selangor Fasa 2 -97.564 -10.1% 2 Bernam River Headworks 2.658 4.1% 3 Batang Kali 10.277 50.6% 4 Sungai Dusun -0.151 -11.6% 5 Sungai Selisek -1.026 -78.9% 6 Sungai Tengi -0.556 -42.8% 7 Kalumpang 0.991 14.8% 8 Kuala Kubu Bharu 1.606 24.0% 9 North Hummock 16.874 75.0% 10 Sungai Sireh 13.209 48.9% 11 Rantau Panjang -2.856 -9.1% 12 Bukit Nanas 8.045 5.5% 13 Sungai Batu 27.059 19.2% 14 Ampang Intake 5.473 30.4% 15 Sungai Rangkap 2.566 28.5% 16 Sungai Gombak -1.285 -4.3% 17 Kepong 3.469 77.1% 18 Sungai Rumput 2.073 90.1% 19 Wangsa Maju 9.055 19.3% 20 Sungai Semenyih 87.128 12.8% 21 Sungai Langat 217.379 46.0% 22 Cheras Batu 11 5.735 21.2% 23 Sungai Serai -0.332 -36.9% 24 Sungai Lolo -2.223 -65.4% 25 Langat 2 237.521 30.7% 26 Sungai Pangsoon -1.888 -104.9% 27 Bukit Tampoi 19.687 60.4% 28 Salak Tinggi 6.853 63.5% 29 Sungai Labu 52.123 47.4% 30 Semenyih 2 6.878 6.9% 31 Labohan Dagang 25.284 12.6% 32 Sungai Selangor Fasa 1 83.270 8.0% 33 Sungai Selangor Fasa 3 134.242 15.3% 34 Rasa -8.551 -4.1% Margin rizab air di kawasan-kawasan tersebut adalah negatif kerana permintaan terhadap air melebihi bekalan atau kapasiti loji rawatan air sedia ada. Ini menyebabkan loji-loji ini beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk. Walaubagaimana pun, kebanyakan kawasan-kawasan tersebut mendapatkan bekalan air daripada sumber-sumber lain.
Bagi meningkatkan margin rizab air di Selangor, Air Selangor telah merancang untuk membina 5 loji-loji baharu iaitu Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 1, Langat 2 Fasa 2
Labohan Dagang Fasa 2, Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 2 dan Skim Bestari Fasa 1,2,3.
-
Adakah terdapat keperluan untuk membuka lebih banyak loji rawatan air? Sekiranya ada, nyatakan lokasi tapak loji rawatan yang akan dibuka dan kesesuaian tapak tersebut.
Pembinaan loji rawatan air diperlukan bagi menampung pembangunan pesat di Selangor serta mewujudkan Kesalinghubungan Grid Air (atau “Water Grid Interconnectivity”) dalam menambah baik sistem bekalan dan pengagihan air. Bagi menampung permintaan ini, Air Selangor menyasarkan rizab margin bekalan air pada kadar melebihi 15%.
Oleh itu, menerusi Pelan Perniagaan 30 tahun Air Selangor, terdapat 5 loji rawatan air yang akan dibina. Loji-loji tersebut adalah:
- Rasau Peringkat 1 dengan kapasiti 700 juta liter sehari telah mula dibina di Kg Seri Cheeding, Kuala Langat yang dijangka siap pada 2025.
- Langat 2 Fasa 2 dengan kapasiti 1,130 juta liter sehari di Hulu Langat yang dijangka siap pada 2028.
- Labohan Dagang Fasa 2 dengan kapasiti 200 juta liter sehari di Kuala Langat yang dijangka siap pada 2029.
- Rasau Peringkat 2 dengan kapasiti 700 juta liter sehari di Kg Seri Cheeding, Kuala Langat dijangka siap pada 2030.
- Skim Bestari Fasa 1 dengan kapasiti 900 juta liter sehari di Bestari Jaya, Kuala Selangor dirancang siap pada 2033.