Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

317) KES SAMAN UNISEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara detail jumlah kes mahkamah yang dihadapi oleh UNISEL dari tahun 2016-2023.

    Kes Mahkamah yang dihadapi oleh UNISEL dari tahun 2016-2023 adalah seperti berikut:-

     

    TAHUN

    2016-2023

    JUMLAH SAMAN/ LITIGASI YANG DIHADAPI

    STATUS KES YANG SELESAI

    STATUS KES YANG  BELUM SELESAI

    14

    6

    8

  2. Berapakah bayaran ganti rugi yang diperintah oleh mahkamah akibat kalah dalam kes saman sejak 2016-2023?

    Jumlah bayaran ganti rugi yang diperintah oleh Mahkamah akibat kalah dalam kes saman sejak 2016-2023

     

    Mahkamah Tinggi Shah Alam, Rayuan No: BA-11BNCVC-29-09/2019 (Jumaat Ali bin Abu Bakar)

    Jumlah tuntutan: RM 44,780.79 termasuk Kos Mahkamah RM5,000.00

    = RM 49,780.79

  3. Berapakah kos guaman yang telah dikeluarkan oleh UNISEL dalam urusan mahkamah sejak 2016-2023?

    Kos guaman yang telah dikeluarkan oleh UNISEL dalam urusan Mahkamah sejak 2016-2023 iaitu:-

                                        JUMLAH KOS GUAMAN (UNISEL DISAMAN)

    BIL KES MAHKAMAH JUMLAH KOS GUAMAN

     

    1 Tuntutan Faedah Persaraan 142,319.80
    2 Kes Mahkamah Industri 29,745.14
    3 Lain-lain Kes Saman Sivil 58,585.00
      Jumlah Keseluruhan 230,649.94

     

     

    Walau bagaimanapun, sehingga 31 Oktober, 2023, UNISEL telah membuat tuntutan dan kutipan bayaran balik tuntutan ganti rugi kerana pecah kontrak dan lain-lain berjumlah sebanyak RM1,156,087.91.

     

    Bil JENIS TUNTUTAN JUMLAH KUTIPAN
    1. Tuntutan Pecah Kontrak Skim Perjanjian Dermasiswa/Biasiswa RM509,956.82
    2. Tuntutan Pecah Kontrak Skim Melanjutkan Pengajian UNISEL RM474,396.77
    3. Pecah kontrak Perkhidmatan RM160,834.32
    4. Tuntutan Tunggakan Sewa Rumah RM10,900.00
      Jumlah Keseluruhan RM1,156,087.91

Lampiran

Tiada Lampiran.