Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
315) SEKOLAH RENDAH AGAMA ( SRA )
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik dan menambah bilangan sekolah rendah agama dikawasan - kawasan Cyberjaya, Kota Warisan dan Putra Perdana?
Perancangan penambahan bilangan Sekolah Rendah Agama akan diajukan dalam Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK 13) / Rancangan Selangor Ke 2 (RS 2) bagi kawasan Cyberjaya dan Putra Perdana. Manakala di Kota Warisan Sepang telah disenaraikan dalam Rancaangan Malaysia Ke 12 (RMK 12)/ Rancangan Selangor 2 (RS 2) yang akan dimulakan pada penghujung tahun 2025.