Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
302) SELANGOR MARITIME GATEWAY (SMG)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci tanah-tanah yang terlibat dalam projek Selangor Maritime Gateway: daerah, nombor lot/hakmilik, keluasan tanah dan nilai premium? Apakah kajian teknikal tanah dan risiko projek yang komprehensif telah dijalankan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan jabatan teknikal yang lain? Sekiranya ada, apakah syor yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri?
Perincian tanah-tanah yang terlibat dalam projek Selangor Maritime Gateway adalah seperti berikut:
Bil Daerah Plot/ No. Lot/ Hak milik
Lokasi
Keluasan (Ekar)
Nilai Premium (RM)
Status
1 Klang KL02 Bandar Sultan Sulaiman, Klang
93.843 83,550,000.00
Dalam proses pembayaran premium
2 Klang KL08 PT 83867
HSD 164316
Tanjung Syawal, Klang
33.915 1,000.00
(nominal)
Nilai premium akan ditentukan selepas proses serahbalik dan berimiliksemula
3 Petaling SA05 PT 1553
HSD 323917
Seksyen 24, Shah Alam
26.29 1,000.00
(nominal)
Nilai premium akan ditentukan selepas proses serahbalik dan berimiliksemula
4 Klang SA06 (Plot 9A) Seksyen 33, Shah Alam
3.84
9,330,000.00
Dalam proses pembayaran premium
5 Klang SA06 (Plot 9C) Seksyen 33, Shah Alam
6.12 14,850,000.00
Dalam proses pembayaran premium
6 Petaling SA09 (P2) PT 907
HSD 324646
Seksyen 33, Shah Alam
1.873 1,613,353.00
Premium telah dibayar dan hakmilik sementara (QT) telah dikeluarkan pada 18 Julai 2022
Berkenaan dengan persoalan samada kajian teknikal tanah dan risiko projek yang komprehensif telah dijalankan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan jabatan teknikal yang lain, LUAS merupakan agensi Kerajaan Negeri Selangor dengan fungsi utamanya berkaitan Pengurusan Sumber Air Negeri yang merangkumi air permukaan dan air bumi secara bersepadu. Pengurusan berkenaan adalah berdasarkan kepada punca kuasa Enakmen LUAS 1999.
Berhubung tapak Cadangan Projek Pembangunan Selangor Maritime Gateway, bidang kuasa LUAS yang berkaitan adalah di bawah Seksyen 43, Enakmen LUAS 1999 yang dikenali sebagai Aktiviti Pengubahan Sumber dan Seksyen 79 berkaitan Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar. Kedua-dua seksyen ini berkaitan adalah disebabkan oleh tapak pembangunan tersebut berada di dalam had 50 meter rizab sungai yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber 2013 serta juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar 2012. Namun, kedua-dua peraturan ini hanya terpakai ketika pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak dimulakan dan dilaksanakan.
Kajian Teknikal Tanah dan risiko projek adalah prosedur umum bagi semua projek-projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor yang perlu diselesaikan di peringkat kelulusan pelan-pelan pembangunan pihak berkuasa tempatan melalui pusat khidmat setempat (OSC). Di peringkat berkenaan, LUAS turut terlibat sebagai salah satu agensi teknikal yang memberikan ulasan. Ulasan teknikal LUAS adalah fokus kepada kepentingan pengurusan sumber air bersepadu seperti mana yang didasarkan di dalam Pelan IRBM Sungai Klang 2022-2030 yang merangkumi 4 polisi utama iaitu;
Polisi 1 – Memastikan Air Mencukupi;
Polisi 2 – Memastikan Air Bersih;
Polisi 3 – Perlindungan daripada Banjir; dan
Polisi 4 – Pemuliharaan Alam Sekitar.
Bagi pengurusan risiko projek, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) juga telah dan akan menjalankan kajian-kajian yang tertakluk kepada keperluan permohonan Kebenaran Merancang di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi yang berkenaan seperti:
- Kajian Impak Trafik
- Kajian Impak Sosial
- Kajian Impak Alam Sekitar
- Kajian Kestabilan Tanah
- Kajian Hidraulik & Hidrologi
- Kajian Saliran Air MASMA
- Kajian Sistem Bekalan Air
- Kajian Sistem Bekalan Elektrik
- Kajian Sistem Pembetungan
Kajian-kajian tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan di peringkat agensi teknikal dan PBT melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC). Disamping kajian-kajian di atas, kajian-kajian lain juga turut dilaksanakan seperti berikut:
- Terdapat dua kajian pengubahan zon guna tanah (zoning) sedang dijalankan secara serentak di bawah penyelarasan PLANMalaysia@Selangor (JPBD) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Kajian zoning melalui Pengubahan Rancangan Tempatan (RT) MBSA dan MBSJ adalah di bawah penyelarasan JPBD. Status terkini kajian adalah di peringkat penyediaan dokumen Draf RT Pengubahan dan syor pengubahan zon guna tanah dijangka akan diangkat oleh JPBD untuk kelulusan Kerajaan Negeri pada bulan April 2024 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor.
Manakala kajian zoning melalui Pengubahan RT MPK dilaksanakan oleh pihak MPK. Status terkini kajian adalah di peringkat bantahan awam bermula dari 18 Oktober 2023 sehingga 16 November 2023. Syor pengubahan zon guna tanah akan diangkat oleh MPK untuk kelulusan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor.
- Kajian Hidraulik & Hidrologi yang telah dijalankan oleh pakar runding bertauliah bagi projek mitigasi banjir di sepanjang 56km Sungai Klang telah diluluskan oleh JPS Selangor pada 6 Januari 2023.
- Kajian bagi mengenal pasti tanah-tanah berpotensi di sepanjang 56km Sungai Klang dijalankan oleh perunding bertauliah dan permohonan tanah dikemukakan kepada pejabat tanah yang berkenaan dan diangkat kepada Kerajaan Negeri untuk kelulusan pemberimilikan tanah.
- Kajian Kejuruteraan Awam dan Struktur (Civil & Structure) bagi pengukuhan tebing dibawah projek mitigasi banjir oleh Jurutera Perunding bertauliah sedang dilaksanakan dan akan siap secara berperingkat mengikut pembahagian zon.
- Kajian kos projek dilaksanakan secara berterusan oleh Juruukur Bahan bertauliah seiring dengan pelaksanaan projek mitigasi banjir.
LUAS merupakan agensi Kerajaan Negeri Selangor dengan fungsi utamanya berkaitan Pengurusan Sumber Air Negeri yang merangkumi air permukaan dan air bumi secara bersepadu. Pengurusan berkenaan adalah berdasarkan kepada punca kuasa Enakmen LUAS 1999.
Berhubung tapak Cadangan Projek Pembangunan Selangor Maritime Gateway, bidang kuasa LUAS yang berkaitan adalah di bawah Seksyen 43, Enakmen LUAS 1999 yang dikenali sebagai Aktiviti Pengubahan Sumber dan Seksyen 79 berkaitan Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar. Kedua-dua seksyen ini berkaitan adalah disebabkan oleh tapak pembangunan tersebut berada di dalam had 50 meter rizab sungai yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber 2013 serta juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar 2012. Namun, kedua-dua peraturan ini hanya terpakai ketika pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak dimulakan dan dilaksanakan.
Kajian Teknikal Tanah dan risiko projek adalah prosedur umum bagi semua projek-projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor yang perlu diselesaikan di peringkat kelulusan pelan-pelan pembangunan pihak berkuasa tempatan melalui pusat khidmat setempat (OSC). Di peringkat berkenaan, LUAS turut terlibat sebagai salah satu agensi teknikal yang memberikan ulasan. Namun, ulasan teknikal LUAS adalah fokus kepada kepentingan pengurusan sumber air bersepadu seperti mana yang didasarkan di dalam Pelan IRBM Sg. Klang 2022-2030 yang merangkumi 4 polisi utama iaitu; Polisi 1 – Memastikan Air Mencukupi; Polisi 2 – Memastikan Air Bersih; Polisi 3 – Perlindungan daripada Banjir; dan Polisi 4 – Pemuliharaan Alam Sekitar.