Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

298) SKIM JAMINAN AIR MENTAH SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana kemajuan pelaksanaan projek Skim Jaminan Air Mentah yang melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM300 juta? Senaraikan nama syarikat-syarikat yang mendapat pakej pembangunan 3 kolam SJAM dan apakah proses penganugerahan projek ini dibuat secara terbuka atau sebaliknya?

    Secara keseluruhan, prestasi kemajuan projek pembinaan sumber air alternatif di LRA Sungai Selangor 1, 2, 3 dan LRA Sungai Semenyih setakat 20 Oktober 2023 telah mencapai 72.23% berbanding jadual sebanyak 83.51%.  Lanjutan masa telah diluluskan mengikut pakej kerja adalah seperti berikut:-

     

    Pakej Status kerja

     

    Lanjutan Masa yang diluluskan

    Pakej A

    (Stesen Pengepaman di Horas Sg Selangor)

    60.58%

    13 Disember 2023

    Kontraktor berhasrat untuk memohon lanjutan masa sehingga 30 Mei 2024

    Pakej B

    (Rantau Panjang)

    70.23%

    01 Mac 2024

    Pakej C

    (Pelencongan ungai)

    82.17%

    27 Februari 2024

    Pakej D

    (Semenyih)

    80.93%

    07 Mac 2024

     

    Pelantikan kontraktor dibuat melalui kaedah pelawaan ke atas sebelas (11) syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender tersebut adalah seperti berikut:-

     

    Pakej Kontraktor

    Kos Kontrak (RM)

     

    Pakej A

    (Stesen Pengepaman di Horas Sg Selangor)

    Menta Construction Sdn. Bhd

    128,000,000.00

    Pakej B

    (Rantau Panjang)

    FCY Construction Sdn Bhd

    21,714,548.50

    Pakej C

    (Pelencongan Sungai)

    Ambangan Engineering-Leika Sdn Bhd JV

    79,990,015.00

    Pakej D

    (Semenyih)

    Rohas-Euco Industries Berhad

     

    85,150,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.