Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

291) LAMPU JALAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah lampu jalan di kawasan luar bandar sekitar Negeri Selangor?

    Peruntukan Tahun 2023 bagi pemasangan baru lampu jalan (P12) (kawasan gelap sama ada di bandar atau luar bandar) adalah sebanyak RM 3.55 Juta untuk 9 Daerah di Negeri Selangor. Peruntukan adalah diagih sama rata iaitu sebanyak RM 400,000.00 bagi setiap daerah (kecuali daerah Sabak Bernam sebanyak RM 350,000.00)

    Selain itu, terdapat juga peruntukan khas (P01) Tahun 2023 bagi sambungan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Seluruh DUN Selangor iaitu sebanyak RM 3 Juta untuk baki 25 DUN (31 DUN telah selesai dilaksana pada Tahun 2022).

  2. Apakah prosedur untuk memohon peruntukan pemasangan lampu jalan bagi kawasan-kawasan kampung?

    Bagi permohonan Lampu Jalan Kampung (LJK), permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). PDT seterusnya akan mengangkat permohonan ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Program LJK. KKDW akan meneliti permohonan tersebut dan jika diluluskan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku agensi pelaksana akan melaksanakan pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) tersebut.

  3. Berapakah jumlah lampu jalan yang telah dipasang di kawasan kampung di dalam DUN Bukit Melawati pada tahun 2023?

    Jumlah Lampu Jalan Kampung (LJK) sedia ada adalah 681 batang dan rekod lampu jalan berdasarkan Kampung di DUN Bukit Melawati adalah seperti jadual berikut:

     

    Bil Nama Kampung

     

    Bilangan

    (mengikut rekod TNB)

    1. Kampung Asahan

    63

    2. Kampung Assam Jawa

    72

    3. Kampung Tanjong Siam Baru

    57

    4. Kampung Sepakat

    64

    5. Kampung Api-Api

    73

    6. Kampung Pasir Tuntong

    53

    7. Kampung Bukit Kuching

    101

    8. Kampung Sungai Buloh Jeram

    73

    9. Kampung Kuantan

    75

    10. Tanjong Keramat

    50

    11. Bagan Sg Buloh

     

    JUMLAH

    681

     

    Tambahan kepada itu, pada tahun 2023, sebanyak 18 batang lampu jalan solar diperuntukkan di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) ICU JPM di DUN Bukit Melawati dengan perincian seperti berikut:

     

     

    Bil Nama Kampung

     

    Bilangan Catatan
    1. Kampung Asahan

    5

     
    2. Kampung Assam Jawa

    5

    Dalam pelaksanaan

    3. Kampung Tanjong Siam Baru

    5

    Dalam pelaksanaan

    9. Kampung Kuantan

    3

     
     

    JUMLAH

    18

     

Lampiran

Tiada Lampiran.