Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
290) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kesiapsiagaan aset-aset agensi berada di tahap yang tertinggi bagi menghadapi musim peralihan monsun dan juga banjir yang akan datang?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan perolehan satu (1) unit Bot Ambifia bagi kegunaan agensi penyelamat Negeri Selangor serta telah menguruskan perolehan 30 unit inflatable boat kepada agensi/jabatan seperti berikut bagi keperluan operasi mencari dan menyelamat serta bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di Negeri Selangor:
BIL AGENSI/JABATAN JUMLAH 1. Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor UPBN) 1 2. (9) Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) 9 3. (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 12 4. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (PDRM) 2 5. 11 Briged (ATM) 2 6. Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor (APM) 2 7. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor (JBPM) 2 JUMLAH KESELURUHAN 30 Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan 40 Unit Basikal Elektrik Surron X kepada agensi/jabatan seperti berikut bagi keperluan penguatkuasaan, pemantauan dan penilaian risiko di sekitar kawasan berisiko bencana :
BIL AGENSI/JABATAN JUMLAH 1. (9) Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor (PDT) 18
2. (12) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT) 12
3. Unit Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan 2
4. Unit Pengurusan Bencana, Bahagian Khidmat Pengurusan 1
5. Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor (APM) 1
6. Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Selangor (JBPM) 1
7. Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor (PTG) 1
8. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) 1
9. Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor (JPS) 1
10. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) 1
11. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1
JUMLAH KESELURUHAN
40
Kerajaan Negeri Selangor juga telah melaksanakan perolehan sembilan (9) Government Integrated Radio Network (GIRN) bagi kegunaan Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah untuk kelancaran komunikasi bersama agensi-agensi di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Bagi memastikan persediaan menghadapi bencana yang komprehensif, agensi pengurusan bencana negeri dan persekutuan telah menyelaraskan inventori aset dan peralatan bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat, pemindahan mangsa bencana, dan penyelarasan agihan bantuan barangan keperluan asas.
-
Apakah terdapat apa-apa perancangan daripada Kerajaan Negeri atau agensi-agensi kerajaan dalam mendepani isu banjir di seluruh kawasan ‘hot-spot' banjir di seluruh Selangor? Sekiranya ada, apakah perancangan-perancangan tersebut?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah membuat perancangan bagi menghadapi isu banjir di kawasan hotspot banjir di seluruh Selangor. Perancangan tersebut adalah seperti berikut:-
- Menempatkan 40 unit pam bergerak separa kekal milik JPS di lokasi hotspot banjir. 57 unit pam bergerak bersedia untuk digerakkan apabila diperlukan di kawasan hotspot banjir manakala 6 unit pam bergerak ditempatkan di JPS Negeri Selangor dalam mod bersedia (standby) sekiranya diperlukan oleh Daerah.
- Sebanyak 15 unit pam bergerak dalam proses perolehan dijangka diterima secara berperingkat mulai bulan Oktober 2023.
- Sebanyak 62 unit rumah pam sedia ada dipastikan beroperasi dengan baik.
- Sekiranya banjir meluas mula berlaku di beberapa daerah, Bilik Gerakan Banjir JPS Negeri akan dibuka untuk menyelaras pengumpulan laporan-laporan awal kejadian banjir yang berlaku di Daerah. Di samping itu, petugas Bilik Gerakan juga akan memantau aras air, taburan hujan, status keberfungsian siren dan juga Internet Protocol (IP) Camera melalui Laman Web Infobanjir Selangor. Data-data status semasa aras air dan taburan hujan yang mencatatkan bacaan peringkat amaran dan bahaya akan dihebahkan dari masa ke semasa kepada pengurusan JPS dan juga group WhatsApp Bencana Negeri secara berkala sebagai langkah berjaga untuk tindakan selanjutnya dari semua pihak yang terlibat.
- Pelaksanaan kerja-kerja kecil bagi mengatasi banjir di beberapa kawasan yang dijangka banjir terutamanya kerja-kerja pembersihan parit dan sedang melaksanakan beberapa lagi siri kerja jangka pendek mengatasi banjir dan memfokuskan kepada pengukuhan benteng pantai.
- Pemantauan berterusan di kawasan hotspot banjir dan kawasan-kawasan kunci air terutama ketika air pasang besar.
- Memastikan aset Jabatan seperti jadual berikut dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
Bil. Jenis Kuantiti Lokasi 1. Bot 9 Petaling (1) Klang (1) Kuala Langat (2) Kuala Selangor (1) Sabak Bernam (3) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (1) 2. Enjin Bot 9 Petaling (1) Klang (1) Kuala Langat (2) Kuala Selangor (1) Sabak Bernam (3) BPME (1) 3. Treler Bot 4 Kuala Langat (1) Kuala Selangor (1) Sabak Bernam (1) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (1) 4. Life Jacket 73 Hulu Langat (5) Kuala Selangor (20) Sepang (8) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (20) Sabak Bernam (20) 5. Lori 12 Klang – 1 unit lori 3 tan 5 unit lori 3 tan Kuala Langat – 2 unit lori 11 tan 7 unit lori 11 tan Sepang – 1 unit lori 3 tan Kuala Selangor – 1 unit lori 3 tan 1 unit lori 11 tan
Sabak Bernam – 1 unit lori 3 tan 2 unit lori 11 tan
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal – 1 unit lori 3 tan
2 unit lori 11 tan
6. Kenderaan 4 x 4 15 Petaling (1) Gombak (1) Klang (1) Sepang (1) Kuala Langat (1) Hulu Langat (1) Kuala Selangor (2) Hulu Selangor (1) Sabak Bernam (1) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (3) Ibu Pejabat JPS Negeri Selangor (2) 7. Bas (coaster) berkapasiti
25 penumpang
1 Kuala Selangor (1) 8. Van 1 Sabak Bernam (1) 9. Backhoe/ Jengkaut 5 Klang (1) Kuala Langat (2) Kuala Selangor (1) Sabak Bernam (1) 10. Genset 18 Sepang (3) Kuala Selangor (3) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (10) Sabak Bernam (2)