Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
284) STATUS BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status dana Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang telah disumbangkan setakat Oktober 2023?
Untuk makluman Yang Berhormat, Program Bantuan Khas ANIS (BKA) telah diperuntukkan sebanyak RM1 juta sahaja bagi tahun 2023. Permohonan Program BKA ini telah dibuka tahun ini pada 17 sehingga 26 Mei 2023. Antara bantuan yang disalurkan adalah berupa bantuan pendidikan, peralatan dan juga perubatan. Kesemua dana telah berjaya disalurkan mengikut kepada keperluan yang dimohon.
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dan diluluskan?
Bantuan Khas ANIS dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan tujuan bagi mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU. Pemohon yang berkelayakan akan menerima manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga. Sehingga Oktober 2023, sebanyak 2,160 permohonan yang telah diterima bagi Bantuan Khas ANIS ini dan jumlah yang telah diluluskan adalah sebanyak 268 permohonan.