Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

283) ROMBAKAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT NEGERI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah rombakan yang telah dilakukan ke atas jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat GLC di bawah naungan Kerajaan Negeri setelah terbentuknya Kerajaan Negeri PH-BN yang baharu?

    Di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, terdapat dua lantikan baharu ahli lembaga pengarah iaitu:

     

    1. Dato’ Johary bin Anuar – Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
    2. Encik Mohd Sukri bin Mat Jusoh – Pengarah Bahagian Bajet Pembangunan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred Utama B (Memangku) Kementerian Ekonomi.

     

     

    Tiada rombakan keatas jawatan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah     di syarikat-syarikat milikan MBI setelah terbentuknya Kerajaan Negeri PH-BN yang baharu. Setiap pelantikan Ahli Lembaga Pengarah adalah tertakluk kepada tempoh maksimum pelantikan yang ditetapkan. Manakala peletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah adalah berdasarkan kepada tempoh maksimum pelantikan tersebut ataupun secara sukarela oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Lampiran

Tiada Lampiran.