Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
259) KEBEBASAN PEMBELIAN VAPE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah mekanisme kerajaan untuk mengawal penjualan secara bebas Vape di kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka?
(Soalan (a) dan (b) dimohon untuk dijawab bersekali)
Kawalan dan mekanisme oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penjualan secara bebas Vape di kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka adalah tertakluk kepada Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh yang demikian, penguatkuasaan terhadap penjualan vape adalah di bawah bidang kuasa kepada KKM.
Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 2/2016 yang diadakan pada 13 Januari 2016 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 3/ 2016 pada 20 Januari 2016 telah mengambil maklum Laporan Bengkel Khas Perbincangan Isu Vape Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2016 dan bersetuju seperti berikut :
- Selaras dengan surat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 9 Disember 2015, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju agar lesen tidak diberikan kepada penjual;
- Kerajaan Negeri akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di Negeri Selangor sebagai kawasan larangan vape dan penjualan vape tidak dibenarkan kepada pembeli yang berusia 18 tahun ke bawah;
- Semua permohonan lesen baharu yang telah diterima akan dibekukan dalam tempoh satu (1) bulan; dan
- Dilarang menghisap vape di tempat-tempat awam dan tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan vape.
-
Sejauhmanakah penguatkuasaan larangan penjualan Vape untuk remaja di bawah umur?