Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
253) PERJAWATAN GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA DAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) di Selangor mengikut daerah?
- Jumlah guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH GURU TETAP Guru KAFA Di SRA KAFA Di KAFAI JUMLAH
PETALING 75 608 789 1,472 KLANG 91 822 298 1,211 HULU LANGAT 86 643 543 1,272 GOMBAK 37 393 512 942 KUALA LANGAT 73 397 147 617 SEPANG 53 338 135 526 HULU SELANGOR 55 334 67 456 KUALA SELANGOR 87 409 217 713 SABAK BERNAM 85 256 92 433 JUMLAH 642 4,200 2,800 7,642 -
Apakah status perjawatan mereka mengikut jumlah dan peratus?
Status perjawatan mereka, 642 orang atau 9.17 % adalah tetap. Manakala 7,000 orang atau 91.6% adalah Contract For Service (CFS).
-
Bolehkah ‘elaun' yang mereka terima setiap bulan ditukar kepada ‘gaji'? Jika tidak boleh, apakah usaha Kerajaan di dalam membantu ke arah tersebut?
Elaun yang mereka terima setiap bulan tidak boleh ditukar kepada gaji, kerana jawatan guru KAFA ini bukan dari skim tertentu seperti skim perjawatan yang diwujudkan oleh JPA. Akan tetapi, jawatan guru KAFA adalah lantikan yang dibuat berstatus Contract For Service (CFS) oleh pihak berkuasa melantik iaitu Kerajaan Negeri dan JAKIM. Selain itu juga elaun yang diterima adalah menggunakan pelbagai sumber peruntukan seperti berikut:
- 4200 guru KAFA sumber elaun dari Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor
- 2800 guru KAFA sumber elaun dari peruntukan JAKIM, Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor
Bagi menjaga kebajikan guru KAFA ini, pada bulan Januari 2023 Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk penyelarasan elaun minima dari RM 1350.00 di naikkan kepada RM 1500.00 sebulan untuk masa bertugas 5 jam sehari.