Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

247) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya dimaklumkan di dalam mesyuarat JKTD daerah Hulu Langat pada 13 September 2023 bahawa Pihak Berkuasa Negeri melalui MBI ada menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak bilakah penyaluran itu berlaku, apakah syarat-syaratnya, apakah prosedurnya dan berapakah jumlah yang boleh dipohon?

    Bermula pada tahun 2022, MBI telah mula memperkenalkan peruntukan untuk Permohonan Pembaikan Infrastruktur Sekolah dan sumbangan program PIBG sekolah. Keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM1.5 juta. Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam negeri Selangor boleh memohon.  Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat permohonan yang disokong oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kertas kerja dan salinan penyata bank. Justifikasi permohonan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keupayaan dana peruntukan MBI.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.