Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
245) PANDUAN DAN KAYU UKUR YANG DITENTUKAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI DAN/ATAU PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI MEMASTIKAN KEBERKESANAN TUGAS DAN FUNGSI PARA AHLI MAJLIS PERBANDARAN DI PBT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah panduan dan kayu ukur yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan/atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan keberkesanan tugas dan fungsi para Ahli Majlis Perbandaran di PBT? Apakah ada panduan dan kayu ukur berkenaan di MPKj?
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mempunyai Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi memudahkan serta menjadi sumber rujukan dan panduan kepada Ahli Majlis. Garis Panduan ini juga berasaskan daripada Garis Panduan Pihak Berkuasa Negeri.
MPP Zon MPKj telah dibahagikan kepada 24 zon bertujuan untuk melancarkan penyampaian perkhidmatan pentadbiran MPKj kepada penduduk/ pembayar cukai. Ahli Majlis adalah sebagai Pengerusi MPP di setiap Zon masing-masing. Di dalam Garis Panduan ini diperincikan mengenai perkara-perkara seperti berikut :
- Fungsi Dan Tujuan Penubuhan MPP MPKj
- Perhubungan MPP Dengan PBT
- Struktur Organisasi MPP MPKj Dan Bidang Tugas
- Aktiviti MPP Induk Dan MPP Zon
- Perlaksanaan Aktiviti
- Sumber Kewangan
- Pindaan Kepada Garis Panduan MPP MPKj
- Peruntukan-Peruntukan Am
- Senarai Tugas Pembantu Tadbir Ahli Majlis
- Tatacara Perbelanjaan Mengikut Kategori
SPBT
Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 berkenaan Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021. Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan PBT dalam memastikan setiap proses dan prosedur berkaitan pengurusan Ahli Majlis dipatuhi. Objektif utama Garis Panduan ini disediakan merangkumi perkara seperti berikut:
- Menyelaras dan menyeragamkan pengendalian pengurusan Ahli Majlis.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan pentadbiran Kerajaan Negeri dan PBT khususnya Ahli Majlis demi membina imej yang lebih cemerlang dan dinamik.
- Sebagai rujukan dan panduan kepada semua pihak yang berkaitan dalam memperjelas dan memperkukuh peranan Ahli Majlis yang turut merangkumi kriteria pemilihan, pelantikan, penamatan dan prosedur kerja.
- Meningkatkan kompetensi Ahli Majlis dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih telus, cekap dan efektif.
Berdasarkan arahan yang telah dikeluarkan melalui pekeliling ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga menggunapakai pekeliling tersebut sebagai panduan dalam memastikan keberkesanan tugas dan fungsi Ahli Majlis di MPKj.