Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

241) PROJEK PEMULIHAN JALAN KAMPUNG DAN PERABUTNYA YANG SUDAH LAMA ROSAK DI KG. SUNGAI RAMAL DALAM, DAERAH HULU LANGAT, KHUSUSNYA BAGI JALAN DUSUN, DALAN DATO DAGANG, JALAN SELAMAT DAN JALAN SAUJANA.

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah akan dilaksanakan projek pemulihan jalan kampung dan perabutnya yang sudah lama rosak di Kg. Sungai Ramal Dalam, daerah Hulu Langat, khususnya bagi Jalan Dusun, Dalan Dato Dagang, Jalan Selamat dan Jalan Saujana?

    Untuk makluman pihak YB ADN, status pemulihan jalan kampung dan perabut bagi jalan- jalan tersebut adalah seperti berikut :

    1 . Jalan Dusun, Kg. Sg. Ramal Dalam

    Kerja-kerja menyelenggara longkang dan menurap sebahagian jalan di Jalan Dusun, Kg. Sg. Ramal Dalam, Mukim Kajang telah dipohon dan diluluskan di bawah peruntukan MARRIS Fasa 2 Tahun 2023 pada 20 Oktober 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM26,000.00. Buat masa ini, PDT Hulu Langat adalah dalam proses perolehan bagi lantikan kontraktor dan dijangkakan akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat.

     

    1. Jalan Dato’ Dagang dan Jalan Selamat, Kg. Sg. Ramal Dalam

    PDT Hulu Langat mengambil maklum akan kerosakan yang berlaku di Jalan Dato’ Dagang, dan Jalan Selamat, Kg. Sg. Ramal Dalam, Mukim Kajang. PDT Hulu Langat akan menyemak status kerosakan tersebut dengan segera dan membuat permohonan peruntukan penyelenggaraan di bawah MARRIS Tahun 2024 memandangkan jalan tersebut adalah berdaftar di bawah MARRIS.

    3. Jalan Saujana, Kg. Sg. Ramal Dalam

    Kerja-kerja penurapan semula bagi sebahagian Jalan Saujana, Kg. Sg. Ramal Dalam, Mukim Kajang telah dipohon dan diluluskan di bawah peruntukan MARRIS Fasa 2 Tahun 2023 pada 4 September 2023 dengan kos keseluruhan sebanyak RM86,080.00. Kerja-kerja penurapan semula telah mula dilaksanakan pada 5 Oktober 2023 dan dijangkakan akan selesai sepenuhnya mengikut jadual pada 2 November 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.