Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

238) PROSEDUR PERMOHONAN BAGI MENUKAR SYARAT TANAH DARIPADA ‘LEASE HOLD’ KEPADA ‘FREE HOLD’

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan bagi menukar syarat tanah daripada ‘lease hold' kepada ‘free hold', apakah syarat-syaratnya, berapakah kadar bayarannya dan berapa lamakah proses meluluskannya akan diambil? Bagi Daerah Hulu Langat apakah ada kes permohonan sedemikian, dan di mana?

    Untuk makluman YB, mana-mana tanah yang telah diberi milik untuk sesuatu tempoh yang tidak melebihi dari sembilan puluh sembilan (99) tahun selaras dengan Seksyen 76 (a) Kanun Tanah Negara 1965 akan kekal dengan status leasehold tersebut buat selamanya-lamanya. Sekiranya tuan tanah ingin memajukan tanah-tanah beliau di bawah Seksyen 204B / 197 dan 76 (Serah balik dan berimilik semula tanah) atau Seksyen 148 (Penyatuan Tanah) KTN 1965 yang mana melibatkan elemen penyatuan dua atau lebih tanah berdampingan yang berbeza tempoh pegangan, pertimbangan penukaran tempoh pegangan daripada leasehold kepada freehold adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Kebiasaannya, tanah pegangan berstatus leasehold boleh diubah kepada freehold sekiranya tanah freehold tersebut lebih besar keluasannya daripada tanah leasehold yang dicantumkan. Tuan tanah boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung syarat-syarat, fi permohonan dan sebagainya di Kaunter Unit Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat. Namun, sekiranya tuan tanah ingin menukarkan tempoh pegangan tanahnya daripada leasehold kepada freehold tanpa melalui proses penyatuan tanah, buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum menetapkan sebarang polisi bagi praktis ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.