Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
237) PETANI, PEKEBUN DAN IKS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah petani yang menerima insentif 500 dari kerajaan dan berapa jumlah yang masih belum terima?
-
Bagaimana pihak kerajaan mengawal harga jentera, racun, baja dan benih yang semakin hari harganya meningkat dan senaraikan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan secara terperinci?
Harga jentera, racun, baja dan benih yang semakin meningkat adalah diluar kawalan Kerajaan Negeri Selangor. Ini kerana harga pasaran input dan peralatan pertanian ini melibatkan factor luar kawalan seperti ekonomi dunia, status politik kerajaan negara pembekal dan juga tukaran mata wang asing.
-
Senaraikan jumlah IKS dan pekebun-pekebun yang telah berdaftar dengan agensi serta mendapat geran atau pinjaman di DUN Sungai Panjang?
Petani dan usahawan yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian dan IADA yang telah menerima insentif jabatan sehingga 2023 adalah seramai 12 usahawan IAT (Industri Asas Tani) dan 677 petani di DUN Sungai Panjang.