Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

236) MPKK DAN KETUA BLOK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah ketua kampung dan jumlah yang lengkap AJK serta tidak lengkap AJK?

    Jumlah keseluruhan Ketua Kampung Tradisi bagi kesemua sembilan (9) daerah di Negeri Selangor adalah sebanyak 373 orang dengan pembahagian mengikut daerah seperti berikut:

    Bil

    Daerah

    Bil. Kampung

    1.

    Petaling

    19

    2.

    Klang

    34

    3.

    Gombak

    36

    4.

    Sepang

    19

    5.

    Hulu Langat

    62

    6.

    Hulu Selangor

    33

    7.

    Kuala Langat

    34

    8.

    Kuala Selangor

    57

    9.

    Sabak Bernam

    79

    Jumlah

    373

     

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekosongan jawatan Ketua Kampung bagi Daerah Hulu Langat sebanyak 3 kekosongan, Daerah Hulu Selangor sebanyak 1 kekosongan dan Daerah Kuala Langat sebanyak 2 kekosongan.

  2. Bagaimana prosedur lantikan ketua blok dan berapa jumlah ketua blok yang menghantar laporan dan tidak menghantar laporan kepada agensi yang berkaitan?

Lampiran

Tiada Lampiran.