Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

231) SABDA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek - projek di bawah SABDA dan nama agensi-agensi yang terlibat?

    Terdapat 18 projek di bawah SABDA:

     

    1. Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sg Lang
    2. Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan
    3. Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Sungai Air Tawar
    4. Selangor Smart Agro Farm (SSAF) di Sungai Panjang
    5. Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Jelutong Jati
    6. Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Changkat Menteri
    7. Segitiga Eko-Pelancongan Sungai Air Tawar
    8. Eko Pelancongan Ban Canal
    9. R&R Air Manis di Kompleks Agropolitan Sabak Bernam (KASA)
    10. Kompleks Jeti Nelayan Bagan Sg Besar
    11. Jambatan Sungai Air Tawar – Hutan Melintang
    12. Pejabat Operasi dan Ruang Pameran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam
    13. Pelan Fiberisasi Sabak Bernam
    14. Kelip-Kelip Sungai Panjang
    15. Lebuhraya WCE
    16. Pembangunan Hay Resort
    17. Pusat Penyembelihan Ayam Sekendi
    18. Kilang Minyak Kelapa Sawit

     

     

    Agensi yang terlibat dalam projek-projek di bawah SABDA:

     

    • Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
    • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB),
    • PTD Sabak Bernam
    • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),
    • Jabatan Kerja Raya (JKR),
    • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPV),
    • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),
    • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),
    • Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB)
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    • Jabatan Barat Laut – IADA
    • Pelabor Sektor Swasta Dalam Dan Luar Negeri
    • Jabatan / Agensi Kerajaan Lain Yang Berkaitan Mengikut Keperluan Projek.
  2. Berapa jumlah terperinci peruntukan dan pembahagian peruntukan untuk projek SABDA sejak diwujudkan?

    Setakat ini belum ada peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri untuk pembangunan koridor ekonomi SABDA. Projek-projek yang dibangunkan di bawah jajaran projek SABDA, akan mendapat peruntukan yang bersesuaian daripada kerajaan Negeri atau Persekutuan mengikut tatacara kerajaan dan pihak terlibat. Namun begitu SABDA mengalu-alukan mana-mana pelabur swasta yang berminat untuk terlibat sama dalam Pembangunan SABDA.

     

  3. Sehingga 2023, berapakah projek-projek yang telah dilaksanakan dan mencapai status 50% siap?

    Projek di bawah SABDA yang telah mencapai kemajuan yang berimpak adalah seperti berikut:

     

    1. Setakat 30 September 2023, jajaran WCE yang mempunyai tujuh (7) sektor dalam Negeri Selangor telahpun mencapai kemajuan purata 88.7%, dengan sektor kelima (5) Bandar Bukit Raja (Selatan) – Bandar Bukit Raja (Utara) telahpun siap sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna. Jajaran WCE yang menuju ke kawasan SABDA iaitu sektor ketujuh (7) diantara Assam Jawa – Tanjong Karang adalah pada kadar kemajuan 64%.

     

    1. Pejabat operasi dan ruang pameran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam juga telah siap dibina dan mula beroperasi secara berfasa. Ruang pameran tersebut akan berfungsi sebagai one-stop-centre untuk mempamerkan maklumat mengenai projek-projek di bawah SABDA, manakala pejabat operasi tersebut menyediakan tempat bermesyuarat dan mengadakan perbincangan untuk memudahkan pelaksanaan dan pemantauan projek-projek di bawah SABDA.

     

    1. Projek penaiktarafan infrastruktur bangunan Pusat Konservasi Kelip-kelip Sungai Panjang telahpun siap sepenuhnya dan waktu operasi adalah setiap hari dari 6 petang – 10 malam. Infrastruktur aktiviti eko-pelancongan untuk melihat kelip-kelip di sepanjang 3km Sungai Panjang ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi memastikan pengalaman yang menarik dan selesa bagi para pelancong.

     

    1. Projek eko-pelancongan Ban Canal merupakan projek yang dijalankan secara berlangsungan, dimana satu acara Karnival Ban Canal akan diadakan setiap tahun untuk mempromosikan tarikan pelancongan, produk dan aktiviti di kawasan SABDA. Infrastruktur untuk melaksanakan aktiviti ini juga akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian, seperti kemungkinan membina struktur pontoon yang kekal untuk mengendalikan acara kayak ketika Karnival Ban Canal tersebut.

     

    1. Projek pertanian Selangor Smart Agro Park (SSAP) @ Sungai Air Tawar adalah sedang dalam pelaksanaan, dimana jenis tanaman telah dikenalpasti iaitu pembenihan Kelapa MATAG. Namun pada masa ini, tanaman kontan seperti nenas, serai, jagung dan lain-lain sedang ditanam mengikut kesesuaian sementara menunggu hasil pembenihan Kelapa MATAG. Penanaman telahpun bermula dan Jabatan Pertanian Selangor akan memantau pengeluaran benih Kelapa MATAG ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.