Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

220) KEMALANGAN MOTOSIKAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik kemalangan motosikal mengikut DUN di Daerah Kuala Selangor pada tahun 2022-2023?

    Jumlah kemalangan jalan raya melibatkan motorsikal bagi sepanjang bulan Januari hingga September 2023 adalah sejumlah 606 kes berbanding bulan yang sama tahun 2022 adalah sebanyak 527 kes. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 79 kes bersamaan 14.99%.

     

    STATISTIK KEMALANGAN MOTOSIKAL

    PERBANDINGAN BULAN JANUARI-SEPTEMBER TAHUN 2023 DAN 2022

    BAGI DAERAH KUALA SELANGOR

     

    JENIS

    KEMALANGAN

    2023 2022 BEZA %
    MAUT 37 28 9 32.14
    KEMATIAN 39 31 8 25.81
    PARAH 7 8 -1 -12.50
    RINGAN 11 8 3 37.50
    ROSAK SAHAJA 551 483 68 14.08
    JUMLAH KEMALANGAN 606 527 79 14.99
  2. Daripada statistik tersebut, berapakah jumlah kematian penunggang motosikal yang dicatatkan?

    Bagi jumlah kemalangan maut dan kematian bagi bulan Januari hingga September 2023 merekodkan sejumlah 39 kematian berbanding bulan yang sama tahun 2022 hanya 31 kematian. Peningkatan sebanyak  8 kes bersamaan 25.81%.

  3. Apakah tindakan yang diambil Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal?

    Tindakan yang diambil Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggan motorsikal :-

     

    1. Mempertingkatkan penguatkuasaan mengikut sasaran kemalangan melalui data kemalangan.
    2. Mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan jalan raya diperingkat agensi kerajaan dan swasta.
    3. Melaporkan kerosakan jalan raya kepada pihak berwajib melalui mesyuarat tindakan daerah.
    4. Bertukar pendapat dan penambaikan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Jalan raya diperingkat daerah dan juga Negeri.
    5. Peranan media yang membantu mempertingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

     

    STATISTIK PECAHAN SAMAN MENGIKUT KENDERAAN BAGI DAERAH KUALA SELANGOR (JAN – OKT  2023 )

    BIL PECAHAN KENDERAAN

    JUM. SAMAN

    1. MOTOSIKAL

    9,664

    2. M/KAR

    10,806

    3. M/VAN

    483

    4. PICK UP

    1,200

    5. M/LORI / TREKTOR / BAS

    1,622

    6. LAIN-LAIN

    25

    JUMLAH

    23,800

Lampiran

Tiada Lampiran.