Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
217) STATUS MENAIKTARAF SISTEM PENGAIRAN DI SAWAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kami difahamkan terdapat projek menaiktaraf atau menggantikan palong-palong uzur di Negeri Selangor. Namun sehingga kini hanya sebahagian kecil yang telah digantikan. Adakah sebarang tindakan telah dibuat untuk meminta Kerajaan Pusat mempercepatkan proses naiktaraf ini?
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah meluluskan Kerja-Kerja Menaiktaraf Struktur Taliair Palong dan Sistem Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor di dalam RMKe-11 dengan kos berjumlah RM12.9 juta.
Daripada sembilan (9) buah kawasan di Pengairan Barat Laut, satu (1) kawasan telah dipilih untuk dilaksanakan bagi fasa penaiktarafan ini iaitu di kawasan Sawah Sempadan. Daripada 12 buah palong sedia ada di kawasan Sawah Sempadan, sebanyak dua (2) daripadanya dapat dinaiktaraf dengan menggunakan peruntukan yang diluluskan ini.
Projek tersebut kini di peringkat pengambilan balik tanah. Kelewatan projek ini adalah disebabkan oleh proses pengambilan balik tanah dan keperluan untuk penyediaan tanah ganti disebabkan kawasan projek merupakan rizab tanah Melayu. Perkara ini telah di bawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 4 Oktober 2023 bagi tujuan menyokong dan membantu Kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan projek dengan melaksanakan proses pengambilan tanah dibuat terlebih dahulu sebelum projek fizikal dilaksanakan.
Berikut adalah perincian projek tersebut:-
Tajuk : Kerja-Kerja Menaiktaraf Struktur Taliair Palong dan Sistem Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor Kos Keseluruhan : RM12,900,000.00 Skop : (a) Membina semula struktur palong (b) Membaikpulih permukaan palong sedia ada
(c) Lantikan perunding reka bentuk terperinci, jurukur dan kerja penyiasatan tanah
(d) Menaiktaraf sistem saliran pertanian
(e) Pengambilalihan Tanah
Output : (a) Sistem pengairan akan lebih sempurna dan terjamin (b) Pengeluaran padi akan bertambah dan mencapai sasaran Kerajaan kepada 10 tan/ hektar
(c) Peningkatan hasil padi dan ekonomi
Outcome : (a) Bilangan petani yang akan mendapat manfaat seramai 456 orang (b) Kawasan yang terlibat seluas 931 hektar
(c) Meningkatkan kecekapan sistem pengairan
(d) Mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan
(e) Mengurangkan pembaziran sumber air