Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
203) KEROSAKAN JALAN GAJAH 23, KG KUBU GAJAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab menyelenggara jalan tersebut?
Jalan Gajah 23 telah didaftarkan di dalam sistem MARRIS Online sebagai Jalan Raya Negeri di bawah seliaan JKR Daerah Petaling.
-
Apakah perancangan pihak yang bertanggungjawab yang membaik pulih dan menaik taraf jalan tersebut?
JKR Selangor melalui peruntukan MARRIS telah pun menyediakan kontrak khas (perlantikan konsesi) bagi penyelenggaraan jalan di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri di Negeri Selangor. Kontrak ini melibatkan penyelenggaraan Jalan Raya Negeri yang berada di dalam bandar mahupun di luar bandar termasuklah Jalan Gajah 23. Secara umumnya. penyelenggaraan Kontrak Jangka Panjang ini melibatkan beberapa kerja rutin yang perlu dilaksanakan ke atas jalan berkenaan termasuklah penampalan ‘potholes’, pemotongan rumput, pembersihan longkang, menyelenggara perabot jalan dan sebagainya. (terdapat 10 jenis rutin). Ini adalah bertujuan untuk memastikan jalan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalanraya. Selain dari itu, JKR Selangor melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan melalui sebutharga jabatan dan kerja undi. Kaedah pembaikan yang dilaksanakan dirancang melalui hasil kajian Pavement Condition Assessment (PCA) sedia ada.
-
Bilakah baik pulih dan penaiktarafan itu akan dilaksanakan?
Tiada perancangan JKR untuk menaiktaraf jalan tersebut. Walaubagaimanapun, kajian kemungkinan terhadap keperluan untuk menaiktaraf jalan tersebut boleh dilaksanakan dan sekiranya ada keperluan yang tinggi, permohonan untuk menaiktaraf Jalan Gajah 23 boleh dimohon dalam Rancangan Selangor 2 (RS2).