Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
200) PERSIARAN E1/1, SAUJANA UTAMA 47000 SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Persiaran E1/1, Saujana Utama?
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak MPKS untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang berlaku di Persiaran E1/1, Saujana Utama adalah seperti berikut :
- Pemasangan sistem lampu isyarat (smart trafic) yang menyelaras tempoh masa bagi setiap fasa lampu isyarat mengikut keadaan semasa lalulintas kenderaan di kawasan persimpangan persiaran Elmina 1/1 dan Persiaran Saujana Utama 1.
- Pihak MDKS akan membuka laluan baru dari Persiaran Shorea ke kawasan pembangunan Eco Grandeur bagi tujuan penyuarai lalulintas serta mengurangkan kesesakan lalulintas di Persiaran Persiaran E1/1 Saujana Utama.
- Pihak MPKS juga telah mengemukakan permohonan dibawah RMK-12 kepada Kerajaan Persekutuan bagi cadangan menaiktaraf jalan dan persimpangan di kawasan persimpangan Persiaran Elmina 1/1 dan Persiaran Saujana Utama 1, Bandar Saujana Utama.
-
Berapakah kos penyelenggaraan jalan dan lampu trafik (smart traffic light) di jalan tersebut?
Kos penyelenggaraan jalan bagi kawasan jalan Persiaran E1/1, Bandar Saujana Utama mengikut tahun adalah seperti jadual berikut dibawah :
Tahun Kos Selenggara (RM) 2019 333,074.00 2022 574,995.00 2023 345,000.00 JUMLAH (RM) 1,253,069.00 - Kos penyelenggaraan lampu trafik (Smart Traffic Light) di Persiaran E1/1, Saujana Utama adalah secara tahunan dianggarkan berjumlah RM39,000.00 setahun.
-
Adakah Road Safety Audit (RSA) telah dibuat dan jika ada, bagaimana laporan RSA tersebut dapat diakses?
Penyediaan laporan bagi Road Safety Audit (RSA) bagi kawasan di sekitar jalan Persiaran Elmina 1/1 , Bandar Saujana Utama telah disediakan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan perumahan dan perniagaan di lokasi tersebut iaitu tetuan Glomac Berhad. Laporan berkaitan Road Safety Audit (RSA) tersebut boleh dirujuk melalui pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).