Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

194) PROJEK USAHASAMA PENGELUARAN AYAM DAN TELUR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pengeluaran ayam dan telur di bawah projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Chareon Pokphand Group (CP) Thailand?

    Untuk makluman, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Chareon Pokphand Group (CP) Thailand sedang berada di peringkat akhir perbincangan untuk membangunkan ladang ayam ‘breeder’ di mana tapak yang sesuai telah pun dikenal pasti dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Proses seterusnya adalah untuk merangka pelan pembangunan bagi tujuan kelulusan pihak berkuasa. Bagi ladang ayam telur pula, PKPS masih sedang mengenal pasti tapak yang sesuai untuk dicadangkan kepada kerajaan negeri dan CP memandangkan pemilihan lokasi perlu mematuhi syarat-syarat bio-sekuriti yang ketat

Lampiran

Tiada Lampiran.