Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

184) STATUS PEMBINAAN MASJID AL EHSAN SG SERAI, DUSUN TUA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini permohonan membina masjid baru Al Ehsan di Kg Sg Serai, Dusun Tua?

    Status pembinaan adalah di peringkat permohonan Kebenaran Merancang (KM) oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dikemukakan pada bulan Disember 2023.

  2. Apakah usaha yang telah dilakukan untuk mempercepatkan proses pembinaan masjid ini.

    JKR Selangor akan memantau rapat semua proses yang akan dilaksanakan bagi memastikan perancangan Pembangunan mengikut perancangan. JKR Selangor dan perunding juga turut mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan-Jabatan teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melancarkan urusan Kebenaran Merancang (KM) projek.

Lampiran

Tiada Lampiran.