Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
182) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan serta kelulusan bagi pemohon JKM mengikut kategori pada tahun 2023 di DUN Dusun Tua.
- Jumlah permohonan serta kelulusan bagi pemohon bantuan JKM mengikut kategori di DUN Dusun Tua dari Januari hingga September 2023 adalah seperti berikut:
Bil
Kategori Bantuan JKM
Permohonan
Diluluskan
Ditolak
1 Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 459
14
184
2 Bantuan Warga Emas (BWE) 43
3 Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 75
4 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) 76
5 Bantuan Anak Pelihara (BAP) 1
6 Bantuan Latihan Perantis (BLP) 0
7 Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
2
8 Bantuan Geran Pelancaran (GP) 0
9 Tabung Bantuan Segera (TBS) 2
10 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BTB) 17
11 Bantuan Am (Negeri) 45
JUMLAH
459 275 184
Antara sebab-sebab permohonan ditolak / didapati tidak layak adalah seperti berikut :
- Pendapatan keluarga pemohon telah melebihi syarat had kelayakan penerima bantuan JKM;
- Pemohon mempunyai anak yang telah dewasa dan bekerja serta mampu memberi sumbangan / menyara kehidupan pemohon;
- Pemohon masih sihat dan berupaya untuk bekerja serta berdikari untuk menyara kehidupan sendiri / keluarga;
- Pemohon didapati mempunyai harta yang mengeluarkan hasil / sumber kewangan sampingan seperti pencen, PERKESO, bantuan Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain;
- Pemohon telah meninggal dunia atau berpindah.
-
Jelaskan syarat-syarat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada JKM.
- Syarat-syarat umum permohonan bantuan JKM
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 (RM/Bulanan) :
Wilayah
Miskin
Isi Rumah (RM)
Per Kapita
(RM)
Sem. Malaysia & Sarawak
1,169.00
310.00
Sabah & WP Labuan
1,180.00
310.00
- Panduan Bagi Menentukan Pendapatan Garis Kemiskinan :
Kaedah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Kaedah Pengiraan 1
(PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa Jumlah Pendapatan Keseluruhan Ahli Isi Rumah (AIR) 2
(PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa Jumlah Pendapatan Keseluruhan Isi Rumah dibahagi dengan bilangan Ahli Isi Rumah (AIR) # Bilangan AIR adalah termasuk Ketua Isi Rumah (KIR)
# Pertimbangan untuk menentukan kelayakan pemohon boleh menggunakan Kaedah 1 atau 2 dan yang mana lebih memberikan kesejahteraan dan kebajikan kepada pemohon
Kriteria- Kriteria Khusus Mengikut Skim Bantuan adalah seperti berikut:
Bil Skim Bantuan Kriteria Kelayakan 1. Bantuan Kanak-Kanak i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
iii. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
2. Bantuan Anak Pelihara Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- i. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
iii.
iv. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
v. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
a. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
b. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
3. Bantuan Warga Emas i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
iii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
iv. Warga emas yang bukan tinggal di:
a) Institusi kendalian JKM; atau
b) Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya i. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia; ii. Berumur 16 tahun dan ke atas;
iii. Pemegang kad OKU JKM;
iv. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;
5. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Berumur 16 tahun dan ke atas;
iii. Pemegang Kad OKU JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja.
v. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
i) Institusi kendalian JKM; atau
ii) Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
iii) Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
vi. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
iii. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
7. Bantuan Latihan Perantis i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
iii. Kes-kes seliaan akhlak; atau
iv. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
8. Geran Pelancaran (Bantuan Sekaligus)
i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Kumpulan sasar JKM;
iii. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
9. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (Bantuan Sekaligus)
i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia; ii. Kumpulan sasar JKM;
iii. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
iv. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
10. Bantuan Serangan Mangsa Binatang Buas (Bantuan Sekaligus)
i. Kadar minima RM200 ii. Bayaran penuh sebanyak RM10,000 bagi kes yang melibatkan kematian.
iii. Kadar bayaran bagi kehilangan upaya sebahagian dan kekal bergantung kepada tahap kecederaan.
iv. Kategori kecederaan dan jenis binatan buas akan disahkan oleh PERHILITAN / Jabatan Perikanan.
11. Bantuan Am Negeri i. Warganegara Malaysia dan merupakan rakyat Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun. ii. Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain;
iii. Faktor-faktor lain yang diambil kira ialah bilangan anak / tanggungan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga, keadaan rumah kediaman, kecacatan, keuzuran disebabkan oleh penyakit; dan
iv. Faktor-faktor lain yang munasabah serta memberikan gambaran ohon/keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500.00 atau Pendapatan Perkapkedudukan kewangan dan perbelanjaan harian,pemita tidak melebihi RM350.00.
-
Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan Warga Emas (BWE)?
Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.