Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
181) MENAIKTARAF JALAN DI DUN DUSUN TUA HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status pembinaan jalan diantara Batu 9, Jalan Dato Alias dan Jalan Hulu Langat.
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Jalan Persekutuan iaitu Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 Dari Persimpangan Batu 9 Ke Persimpangan Jalan Dato’ Alias Termasuk Pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat Selangor dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM 320 juta. Pembinaan projek ini telah bermula pada 6 Ogos 2021 dan tarikh siap semasa adalah pada 3 Mei 2026. Status terkini peratus (%) kemajuan fizikal sebenar adalah 17% berbanding (%) kemajuan fizikal iaitu 17%. Kemajuan projek adalah mengikut jadual.
-
Kesesakan lalulintas merupakan masalah utama di Dusun Tua, mohon Kerajaan Negeri mengkaji jalan alternatif untuk keluar masuk ke DUN Dusun Tua menuju ke arah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Jalan utama yang menghubungkan Dusun Tua dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur adalah Jalan Persekutuan FT3210 dan seterusnya Jalan Ampang – Hulu Langat B62. Sebagai alternatif kepada laluan sedia ada, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam proses pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).