Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

173) PEMBANGUNAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar kemiskinan rakyat di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat Batu Tiga, insiden kemiskinan multak negeri Selangor pada tahun 2019 meningkat daripada 1.2 peratus kepada 1.5 peratus. Dalam tempoh yang sama, insiden kemiskinan mutlak di bandar dan luar bandar turut mencatatkan peningkatan masing-masing kepada 1.5 peratus dan 3.1 peratus. Insiden kemiskinan mengikut daerah pentadbiran  adalah seperti di jadual berikut :-

     

     

     

     

    Insiden kemiskinan mutlak (%)

     

    Tahun

    2019

    2022

    Selangor

    1.2

    1.5

    Bandar/ Urban

    1.1

    1.5

    Luar Bandar/ Rural

    2.0

    3.1

    Daerah Pentadbiran  
    Gombak

    0.4

    2.4

    Klang

    1.7

    2.2

    Kuala Langat

    2.4

    0.3

    Kuala Selangor

    3.5

    2.8

    Petaling

    1.1

    1.6

    Sabak Bernam

    4.7

    5.3

    Sepang

    0.7

    0.0

    Hulu Langat

    0.6

    0.5

    Hulu Selangor

    1.5

    1.7

                  (Sumber : Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2022)

  2. Apakah bacaan yang kerajaan gunakan bagi mengukur rakyat yang dalam kategori miskin bandar?

    Bacaan yang kerajaan gunakan bagi mengukur rakyat dalam kategori miskin bandar adalah dengan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan. Pada tahun 2022, nilai purata PGK di peringkat negeri Selangor ialah RM2,830.00 sebulan manakala purata nilai PGK makanan adalah RM1,274.00 sebulan dengan purata saiz isi rumah seramai 3.8 orang. Nilai purata PGK ini diperoleh dengan menambahkan kesemua nilai PGK bagi setiap isi rumah dan dibahagikan dengan bilangan keseluruhan isi rumah di Selangor (Sumber : Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2022).

  3. Apakah program yang dapat membantu usaha pembasmian kemiskinan rakyat Selangor?

    Berhubung dengan program yang dapat membantu usaha pembasmian kemiskinan rakyat, Kerajaan Negeri melihat kesemua program-program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) boleh diperolehi oleh golongan ini namun ianya mestilah mengikut kesesuaian. Namun begitu, untuk mendekati golongan ini dan memberikan mereka peluang untuk mengubah nasib mereka, kesemua pihak terutamanya Pejabat ADUN Kawasan, Pejabat Parlimen, Pejabat Penyelaras, Ahli Majlis, MPKK, Ketua Komuniti India (KKI), Ketua Kampung Baru Cina dan pihak-pihak yang terlibat di lapangan perlu memainkan peranan agar golongan miskin tegar di negeri ini tidak tercicir dan ketinggalan daripada menikmati insiatif-insiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Berikut disertakan senarai program-program di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) seperti di Lampiran 1 untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.