Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

170) PEMBANGUNAN SEMULA PERUMAHAN PKNS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakan bilangan pangsapuri PKNS kategori 1 bilik dan 2 bilik yang telah dibina di Selangor mengikut daerah?

    Bilangan Pangsapuri PKNS kategori 1 dan 2 bilik yang telah dibina di Selangor adalah seperti berikut  :-

     

    Bil.

    Daerah

    Jumlah Unit

    1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    2,005

    2. Petaling

    7,840

    3. Klang

    1,420

    4. Gombak

    1,288

    5. Ulu Langat

    488

     

    JUMLAH

    13,041

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk membangun semula dan mengganti semula penempatan pemilik memandangkan rumah berkeluarga dengan kapasiti 1 dan 2 bilik sudah tidak praktikal?

    Inisiatif Pembangunan Semula rumah pangsa lama (melebihi 30 tahun) dan yang memiliki kapasiti 1 dan 2 bilik sentiasa menjadi salah satu strategi pembangunan yang diberi keutamaan oleh PKNS. Selain daripada kapasiti bilik, keadaan semasa kawasan dan bangunan blok    rumah pangsa lama ini juga diambil kira di dalam inisiatif tersebut.  PKNS juga telah mengambil kira faktor penempatan sementara penduduk sekiranya Projek Pembangunan Semula ini dilaksanakan.

     

    PKNS sentiasa menjalankan kajian potensi disamping merangka strategi yang sesuai untuk melaksanakan Projek Pembangunan Semula ini di kawasan-kawasan utama yang dikenalpasti seperti di Ampang Ulu Kelang dan Shah Alam. Pelaksanaan Projek Pembangunan Semula ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk sedia ada malah turut dapat meningkatkan imej kawasan sekitar, membuka potensi peningkatan nilai hartanah dan memberi impak sosial yang positi.

     

    Sesuai dengan keperluan dan garis panduan perancangan terkini, sebarang unit kediaman baru yang akan dibangunkan sekurang-kurangnya 3 bilik dan      2 bilik air dan mempunyai fasiliti yang sesuai dengan keperluan penduduk.

  3. Berapakah nilai harga rumah semasa bagi semua kategori rumah pangsapuri PKNS sekitar Shah Alam?

    Berikut adalah Nilai Harga Semasa Rumah Pangsapuri PKNS berdasarkan kategori di kawasan Shah Alam setakat Oktober 2023 :-

     

    KATEGORI HARGA ASAL NILAI HARGA SEMASA
    Pangsapuri Kos Rendah RM15,000 – RM42,000 RM96,000 – RM230,000
    Pangsapuri Kos Sederhana Rendah RM40,000 – RM70,000 RM135,000 – RM270,000
    Pangsapuri Kos Sederhana RM70,000 – RM100,000 RM145,000 – RM340,000
    Pangsapuri Harga Bebas/Tinggi RM360,000 – RM803,000

Lampiran

Tiada Lampiran.